Friday 1 January 2010

BERFESYENLAH ASALKAN MEMENUHI KEHENDAK SYARIAT!!!!!!


 

Ciri Pakaian Wanita Islam :~
  • Berdasarkan pendapat Jumhur Ulama', seluruh badan wajib ditutup kecuali muka  dan tapak tangan.
  • Material atau bahan yang digunakan untuk membuat pakaian BUKAN dari jenis yang jarang dan nipis sehingga menampakkan kulit si pemakai.
  • Pakaian wanita ISLAM tidak boleh menyerupai pakaian lelaki.
  • Tudung mestilah menutupi bahagian dada.
  • Pakaian longgar dan TIDAK KETAT.
  • Pakaian metilah TIDAK menampakkan bentuk tubuh.
  • Seelok-eloknya warna baju TIDAK TERLALU TERANG sehingga menarik perhatian umum.
  • Lengan baju hendaklah sehingga ke pergelangan tangan.
  • Kain mestilah labuh sehingga ke buku lali.
  • Jika berseluar pastikan baju dilabuhkan hingga menutupi bahagian punggung.
  • BERSTOKING


10 KESILAPAN WANITA MENGENAI AURAT...

Antara kesilapan wanita mengenai aurat :~
1) Aurat dianggap memakai tudung sahaja.
2) Bertudung tetapi ber' T-Shirt' berlengan pendek.
3) Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
4) Bertudung tetapi menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
5) Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.
6) Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
7) Bertudung tetapi  tudungnya selempang/ dilemparkan  ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
8) Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
9) Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan. Diriwayatkan daam sebuah hadith :~
   
" ALLAH sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) - (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah,Musannaf Abd Razak)

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para Sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulullah SAW memuji dan menyebut hadith di atas.


10)
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berintraksi dengan lelaki. 
Larangan ini datang dari firman ALLAH SWT : " Janganlah perempuan-perempuan itu berlemah-lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit."

 

Mengapa mesti menutup AURAT????

 

Berdasarkan dalil Al-Quran dan Al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah masalah remeh. Malah ia merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh syaitan. Kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putuskan hubungan keluarga dan pelbagai.

    Perihal Syaitan mensasarkan dosa "buka aurat" ini sebagai agenda utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman ALLAH ertinya :~
    " Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya.." (Al-A'raf : 20)

    Tujuan utama diwajibkan umat islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :~
a) Perbezaan dengan binatang.
    Allah SWT berfirman : "Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu         pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu... (Al-A'raf : 26)
    Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tidak cukup kemampuan dan akal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.
b) Agar kaum wanita tidak disakiti.
    Ia bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59. "....hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita ISLAM) supaya mereka tidak diganggu."
c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama islam.
    Ia juga boleh difahami dari surah Al-Ahzab ayat 59 apabila ALLAH SWT menyebut "....yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita ISLAM)..."
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian ISLAM.
Kita dapat memerhati bagaimana "trend" sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan "dress code" tertentu bagi kakitangannya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjkaga "standard" berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru ISLAM adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia.

0 comments:

Post a Comment