Saturday 30 January 2010

Cerpen Kau Penggerak Ummah

Laju jari-jemari Faiz menari di papan kekunci laptopnya. Assignment Ulum Al-Quran yang baru diberi oleh Ustaz Zamri tadi telah dimulakannya.

“Oi Faiz! Kau buat apa tu?” Kedengaran suara Hamdi, merangkap teman sebilik dan juga sekelasnya melaung dari muka pintu.

Faiz menoleh sekilas.

"Assignment” Jawabnya ringkas.

"Assignment Ustaz Zamri tu ke?” Hamdi melangkah masuk, meletakkan dirinya di sisi Faiz.

"Ha ah” Terbeliak mata Hamdi melihat Faiz telah siap menaip satu muka surat penuh.

"Fulamak! Skema la kau. Awal betul buat, kan kena hantar minggu depan. Enjoy la beb!” Bahu Faiz ditepuk kasar.

Faiz menghela nafas berat. Hamdi memang terkenal dengan sikap sambil lewanya.

"Aku banyak kerja lain lagi nak kena buat. Lagi pun, program-program dakwah dan tarbiyyah banyak minggu ni.Aku tak nak sebab program-program tu amanah aku sebagai mahasiswa terabai. Nanti jadi fitnah pada Islam” Faiz cuba menjawab setenang mungkin.

Hamdi tergelak. Tubuhnya dihempas ke atas katil.

"Apa la kau ni Faiz,asal aku cakap je kau mula lah nak berceramah. Kau ni asyik program sana program sini, macam tak ada life! Ha, tadi Ayu kirim salam kat kau. Kesian la budak tu, kau buat tak layan je. Kau jangan jual mahal sangat Faiz.”
Faiz tergamam. Ayu. Nama itu tidak asing lagi buat dirinya, semenjak dirinya di semester satu lagi Ayu telah cuba mendekati. Bukan Ayu sahaja malahan beberapa wanita lain lagi. Namun, Ayu yang paling ketara.

Faiz menghela nafas berat. Di manakah dia pewaris Ummahatul Mukminin?

"Woi! Kau berangan apa lagi tu? Ha lagi satu Ayu pesan, balas surat ni.”
Hamdi bangun dan meletakkan sekeping kertas di sebelah laptop Acer Aspire 4530 lantas berlalu ke bilik air.

Faiz diam merenung kertas putih itu. Hatinya masih berbelah bahagi.

"Perlu ke aku baca surat ni?"

Perlahan-lahan tangannya mencapai kertas putih itu dan dibuka lipatannya. Faiz menelan air liur. Tulisan tangan yang kemas di atas kertas itu dibaca.

Assalamualaikum.. Maaf andai surat ini mengganggu ketenangan Iz. Dah lama Ayu perhatikan Iz,makin lama hati Ayu makin terpaut pada Iz. Iz je yang jual mahal.
Harap Iz balas surat Ayu ni. Ayu tunggu…
Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.


"Astarghfirullah.” Spontan, istighfar itu meluncur laju daripada mulut Faiz. Dadanya senak. Lantas kertas itu digumpal-gumpal menjadi sebentuk bola dan dicampakkannya ke dalam tong sampah.

Faiz bungkam.

"Ya Allah, apa lagi yang perlu aku lakukan? Bukankah Hawa itu tercipta daripada tulang rusuk lelaki yang bengkok. Andai kekerasan yang digunakan, maka akan patahlah tulang itu."

Faiz baring di atas katilnya yang berwarna biru. Kedua-dua tangannya disilangkan di atas dahi.Panorama biliknya yang sederhana besar pada petang itu seolah-olah membungkamkan lagi hatinya.

"Jadi, aku harus membimbing dia?"

"Jangan! Nanti lain jadinya."

"Jadi apa tindakan terbaik? Carikan dia seorang pembimbing daripada kalangan muslimah!"

"Tapi siapa pula?"

"Arghh!” Spontan, Faiz menjerit kecil. Tersedar akan keterlanjurannya, Faiz beristighfar. Ditukar pula posisi daripada baring ke duduk.

Hatinya yang berkecamuk diulit dengan zikrullah. Dia bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’.

"Aku tidak perlu mengikut nafsu syaitan!"

***

"Faiz!” Laungan suara daripada belakang membuatkan pergerakan kaki Faiz yang baru keluar dari kelas terhenti. Faiz menoleh.

MasyaAllah, akhi! Lama tak nampak?” Faiz mengukir senyuman apabila melihat sekujur tubuh yang Uwais yang tegap. Senior yang dikenalinya semenjak sesi taa’ruf di kolejnya, seorang yang banyak benar membantunya daripada sudut rohani dan jasmani.

"Ha, tu lah enta, sibuk mengalahkan Perdana Menteri sampai tak sempat nak menjenguk ana di bilik. Kat masjid pun boleh tak perasan ana.”

Uwais menggeleng-geleng kepala.Tangan dihulur dan Faiz menyambut.

"Allah… ‘afwan, ana bukan sengaja tak perasan tapi enta tu kecik sangat.”
Uwais tergelak.

"Ha, dah alang-alang jumpa ni, marilah minum sama-sama. Enta ada kelas lagi ke lepas ni?”

"Alhamdulillah, tak ada dah. Bolehlah nak duduk berbual dengan enta. Lama betul tak berbual.”

"Jomlah”


***

"Enta apa khabar? Dah makin cengkung ana tengok. Ada masalah ke?” Uwais memulakan pertanyaan. Teh O ais yang berada di depan mata di hirup sedikit.

Faiz melepaskan satu keluhan berat.

"Ana nak cakap pun, malu..”

"Sejak bila pula enta pandai nak malu-malu dengan ana ni?”

"Macam ni..”

Faiz menarik nafas panjang. Uwais menanti tenang.

"Ana sering diganggu.”

"Dengan makhluk halus?” Uwais bertanya seraya menghirup Teh O ais di hadapan matanya.

"Bukan. Dengan muslimah!”

Hampir-hampir sahaja air Teh O ais tersembur daripada mulut Uwais. Uwais tersedak-sedak akibat air yang tidak ditelan secara sempurna.

"Ana dah agak, enta mesti gelakkan ana.” Faiz menunduk malu.

"Bukan, enta jangan salah faham, ana terkejut aje. Wah, bertuahlah enta ye.” Uwais tersengih.

Faiz mencebik.

"Kalau enta rasa apa yang ana rasa, baru enta tau bertuah tak bertuahnya ana ni.” Faiz membalas separuh hati.

Uwais tergelak.

"Enta dah berterus terang?”

Angguk.

"Banyak kali. Tapi seolah-olah tak bermakna langsung penerangan ana.”

"Sabarlah Faiz, Allah sedang berbicara dengan enta. Dia tahu enta mampu hadapi ujian ni, sebab tu Dia tak turunkan kat ana. Apa-apa pun, enta berserahlah kepada Allah. Hidup di dunia ni memang banyak dugaannya. Berdoalah agar enta terhindar daripada fitnah dunia.Teringat ana pada sabda Rasululullah s.a.w bahawa wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar syaitan akan menghiasinya.Jadi andai enta dah berusaha, maka bertawakallah. Kalau enta perlu pertolongan, cari sahaja ana.”

Faiz tersengih.

Ha, yang enta tersengih-sengih ni kenapa?”

"Muka enta waktu serius kelakar juga ya.”

"Faiz!”

***

Eh, tu macam Hamdi.

Berkerut-kerut kening Faiz untuk memastikan insan yang hanya jauh beberapa meter di hadapannya itu benar-benar sahabatnya.

Sah!

Faiz beristighfar di dalam hati. Kakinya mula dihayun menuju ke tempat di mana Hamdi sedang rancak berbual dengan seorang muslimah. Sakit benar hatinya melihat Hamdi bergelak-ketawa dengan yang bukan ajnabi, bukan kerana cemburu tetapi kerana rasa kasih yang teramat sangat pada Pencipta Sekalian Manusia. Rasa cinta pada Allah yang mengurniakan cinta.

Hanya beberapa meter sahaja lagi untuk sampai kepada Hamdi, Faiz mematikan langkah.Tiba_tiba dia teringat pesanan Ustaz Hamzah pada seminar ‘Mencari Seorang Da’ie’ minggu lepas.

Manusia mana yang suka didekati secara kasar? Begitu juga mad’u kita. Kadang-kadang kita fikir menegur mad’u di khalayak ramai merupakan sesuatu yang hebat. Setelah menghentam mad’u dengan segala perkataan yang terbuku di dalam hati, kita akan melangkah pergi dengan gah tanpa kita sedari ada air muka yang telah kita kotori, ada hati yang telah kita lukai. Itu salah. Pertama sekali dalam berdakwah antum haruslah mendekati mad’u dan selepas itu peganglah hatinya dengan berhikmah. Jangan buat mereka berdendam pada kita.

Faiz melihat sekeliling. Ramai. Kakinya dihayun kembali menuju ke asrama.

***

'Kreek'

Bunyi pintu bilik yang terbuka membuat Faiz berhenti daripada menyusun buku-bukunya pada rak buku. Berdebar hati Faiz melihat sekujur tubuh Hamdi masuk dengan muka kepenatan.

"Baru balik Di?” Faiz bertanya ramah.

"Ha ah. Discussion tadi.”

Hamdi mencampakkan begnya di atas katil dan duduk di kerusi yang berada berdekatan meja belajar Faiz. Matanya meliar.

"Kau buat apa ni Iz? Bersepah semua”.

"Aku nak kemas sikit buku-buku ni. Dah nak bersawang rak buku aku ni”

Senyum.

"Erm, Di aku nak cakap sikit boleh?”Faiz berbelah bahagi.

"Sejak bila kalau nak bercakap kena minta izin daripada aku?” Hamdi berseloroh.

Faiz bangun daripada posisinya yang sedang bersila di atas lantai dan mengambil kerusi lantas diletakkan di hadapan Hamdi lalu dilabuhkan punggungnya dengan selesa.

"Di..”

"Apa dia? Cakaplah.”

Faiz memandang mata Hamdi. Kelakuan mad’u ketika dia sedang bercakap harus diambil kira kerana segala kelakuannya merupakan satu komunikasi bukan verbal yang harus difahami oleh seorang da’ie.

Faiz menarik nafas panjang.

"Macam ni Di, aku nak tanyalah…” Faiz mencapai buku yang baru sahaja di bacanya. Satu bab di buka dan tertera tajuk batas-batas pergaulan dalam Islam.

"Ni ha, aku tak berapa faham ayat dia. Putar-belit. Antara lelaki dan perempuan apa batas-batas dia?” Jari telunjuk Faiz menunjuk ke arah tajuk yang tertera.

"Bak sini buku tu”

Faiz menghulur.

"La.. kacang je, apa yang kau tak faham. Lelaki kena tundukkan pandangan apabila berhadapan dengan wanita yang bukan muhrim, begitu juga dengan wanita. Kedua-duanya harus menundukkan pandangan untuk mengelak fitnah dan penyakit di dalam hati.” Lancar Hamdi menerangkan.

"Jadi kalau ada discussion?”

"Bincang yang penting-pentinglah, tapi janganlah berdua sahaja nanti syaitan pula jadi yang ketiga. Yang perempuan tak boleh melunak-lunakkan suara, lelaki kena pandailah kawal diri.”

"Kalau berbual berdua di khalayak ramai?”

Hamdi mendengus.

"Tak boleh juga. Lagi bahaya sebab nanti bakal menimbulkan fitnah. Ala, pasangan kekasih kalau di khalayak ramai pun tak malu nak buat maksiat! Kalau lelaki perempuan dalam satu kumpulan nak bergurau senda pun kena juga berpada, jangan sampai menyumbang kepada pergaulan bebas.”

"Di..”

Faiz memanggil perlahan.

"Apa lagi kau nak tanya?”

"Tadi, aku ternampak kau bergelak-ketawa berdua dengan seorang muslimah” Faiz menembak tepat pada sasaran.

Hamdi diam, baru tersedar jawapannya tadi itu bakal memakan dirinya sendiri. Dalam tidak sedar, mindanya memikirkan kebenaran kata-katanya sendiri!

***

Sudah tersebar fitnah itu. Fitnah yang mengatakan bahawa Faiz sering keluar dating bersama Ayu. Fitnah yang disertakan dengan gambar-gambar super impose Ayu dan Faiz benar-benar menggigit sanubari Faiz.

Faiz bungkam. Mindanya masih memikirkan tentang kejadian sebentar tadi.
Eh kenapa semua orang tengok aku ni?

Faiz bingung memikirkan mengapa setiap langkahan kakinya di sertai dengan mata-mata yang tajam melihat.

"Eleh, nampak je alim. Pura-puralah tu”

Telinga Faiz menangkap suara seseorang namun kepalanya tidak berani menoleh.

"MasyaAllah, Faiz” Bahunya ditepuk seseorang. Faiz menoleh, dan terasa ingin dipeluk sahaja batang tubuh Uwais di hadapannya.

"Uwais, tolong ana, ana tak tahu kenapa hari ni semua orang macam nak telan ana.”

"Ikut ana.”

Faiz mengekori langkah Uwais yang akhirnya tiba di sebuah kelas kosong. Uwais membuka beg laptopnya dan mencari rangkaian internet. Emailnya dibuka.

"Faiz.” Uwais memanggil.

"Ya.”

"Mari sini sekejap.”

Faiz melangkahkan kakinya merapati Uwais. Uwais menghalang Faiz daripada melihat ke arah laptopnya.

"Nanti. Ana harap enta bersabar banyak-banyak. Ini ujian Allah”

"Kenapa ni?” Faiz gelisah.

"Ni...” Uwais menunjukkan emailnya.

Faiz hampir-hampir rebah melihat semua gambarnya bersama Ayu. Jijik.

***

Hamdi mundar-mandir di dalam bilik. Sesekali matanya menjeling tubuh Faiz yang asyik berselubung di atas katil. Sudah dua minggu Faiz begitu, rutin hidupnya yang selalu sibuk dengan urusan dakwah dan tarbiyah kini bertukar 360 darjah!

Faiz hanya pergi ke kelas dan kemudian balik ke bilik. Wajahnya pula semakin cengkung dek kerana kurang makan.

Hamdi mendengus. Hidupnya mula terasa bosan tanpa ceramah percuma dan teguran daripada Faiz. Matanya menjeling lagi tubuh Faiz yang semakin tidak terurus.
Ni tak boleh jadi!

Pantas kakinya dihayun dan berdiri di sebelah katil Faiz.

"Faiz” Hamdi memanggil. Tegas.

Diam.

"Faiz!" Suaranya ditinggikan sedikit.

Diam.

Hamdi berang. Pantas tangannya memegang bahu Faiz dan mendudukkannya.

"Kau nak apa ni Di....” Faiz bersuara lesu.

"Kau tanya aku nak apa? Kau ni dah kenapa Faiz? Mana Faiz yang dulu?” Hamdi membetulkan posisinya agar duduk berhadapan dengan Faiz. Faiz harus disedarkan!

"Kau tak nampak ke, satu universiti dah tak suka kat aku. Nama aku dah busuk Di, aku malu.” Faiz mula mengalirkan air mata. Wajahnya yang mula cengkung ditambah pula dengan deraian air mata dan rambut yang agak kusut benar-benar menyentuh
sanubari Hamdi.

"Faiz, kau lupa ke maksud nama kau apa? Pemenang. Seorang pemenang tak boleh cepat mengalah macam ni. Seorang pemenang akan bertungkus-lumus mengalahkan lawan. Kau nak biar nama kau busuk sampai bila? Kalau kau sendiri tak bangkit, siapa lagi nak perbaiki keadaan? Bukankah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasibnya sendiri?”

"Tapi aku tak tahu nak buat apa..”

"Tu alasan,Faiz. Allah dah janji, setiap masalah ada jalan penyelasaiannya. Kau lagi arif daripada aku. Bangkitlah Faiz, kau tak boleh terus macam ni, kau penggerak ummah! Kalau kau lemah, apa jadi kat ummah?" Faiz, kalau kau tak kesian kat diri kau sendiri, kesianlah kat ummah yang dah semakin parah. Aku rindu pada Faiz yang tidak pernah tinggal untuk solat berjemaah di masjid hatta sakit sekali pun!”

Faiz tidak menjawab. Terhenggut-henggut badannya menahan tangis yang semakin menderas. Hamdi menepuk-nepuk bahu Faiz. Matanya turut digenangi air, memikirkan beban yang dipikul Faiz. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
"Tinggalkan aku sendiri, Di...”

Hamdi akur, kakinya mula melangkah keluar bilik. Air matanya tumpah jua, terbayang kembali bagaimana sikapnya terhadap wanita, terasa hina kerana biar pun dirinya yang terlibat dalam pergaulan bebas, Allah memilih Faiz untuk ditunjukkan kasih sayangNya. Hidayah Allah seolah-olah telah meresap dalam hatinya.

Faiz, semoga kau tabah dan sabar. Aku rindu Faiz yang dulu... Aku janji lepas ni aku akan teman kau menjadi penggerak ummah!

***

Hamdi membuka pintu bilik perlahan-lahan, bimbang akan mengganggu Faiz dan sebaik sahaja pintu bilik terbuka, kornea mata Hamdi menangkap imej Faiz yang sedang khusyuk berdoa sambil menangis. Hamdi membiarkan. Tubuhnya dicampak ke atas katil. Matanya dipejamkan.

"Di..”

Oh Allah, rindunya aku pada suara itu yang sentiasa menasihatiku.

"Di...”

Ya Allah, ubatilah rinduku ini.

"Di!”

Hamdi membuka matanya. Terpinga-pinga dia sebentar tatkala melihat batang tubuh Faiz berdiri tegak di sebelah katilnya. Matanya digosok-gosok seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Faiz tersenyum.

"Kenapa Di?” Faiz kehairanan melihat Hamdi yang tidak keruan.

"Er, takde, aku ingat aku berangan tadi dengar suara kau”

Faiz tergelak kecil dan melangkah ke lockernya. Sehelai jubah baru berwarna hijau lembut diambil dan disarung ke tubuhnya. Rambutnya disisir rapi.

"Kau nak ke mana ni?” Hamdi bertanya cemas.

"Aku nak jumpa Uwais.”

"Buat apa?”

"Di, aku pemenang!” Faiz menjawab ringkas dan berlalu meninggalkan Hamdi yang terpinga-pinga.

***

"Em, lamanya.” Faiz mengeluh, sesekali jam ditangannya dikerling. Raut kegelisahan jelas terpamer di wajahnya.

"Sabarlah Faiz, berzikir dahulu, selepas ni kita tidak tahu apa yang akan berlaku.” Uwais di sebelah menasihati.

Pertemuan antara Ayu dan Faiz di wakaf yang terletak di Taman Ilmu yang sengaja diatur oleh Uwais untuk menyelesaikan segala-galanya jelas mengundang kegelisahan buat diri Faiz. Uwais tenang. Jam casio di tangan dikerling sekilas.

"Hm, janji pukul 2 ni dah 2.30. Dia datang ke tak ni” Faiz mengeluh lagi.

"Faiz, duduklah, apa-apa pun ingatlah kita nak selesaikan masalah dengan cara berhikmah.”

Faiz akur dan mengambil tempat di sebelah Uwais. Hatinya mengalunkan zikir.

"Ha tu dia” Uwais menyenggol siku Faiz.

Faiz gelisah.

"Assalamualaikum” Ayu memulakan kalam, wajahnya kelihatan berseri.

"Waalaikumsalam” Serentak Uwais dan Faiz menjawab.

"Ada apa panggil Ayu ke sini?” Ayu bertanya tanpa menampakkan walau sedikit pun rasa bersalah.

"Beginilah ukhti, ana tak pandai nak berkias-kias, ana cuma nak penjelasan daripada enti tentang penyebaran gambar palsu ana dan enti” Faiz bersuara. Tegas.

Wajah Ayu berubah cemas.

"Mana Ayu tahu apa-apa”

"Ukhti, Allah lebih tahu apa yang enti lakukan. Takutlah pada Allah.”

Mata Ayu mula digenangi air mata. Faiz menundukkan pandangan, tidak tegar dia melihat air mata wanita yang mampu melumpuhkan iman lelaki.

"Ayu... Ayu terlalu sayangkan Faiz!” Akhirnya Ayu bersuara jujur.

"Ana hargai rasa sayang pemberian Allah tu, rasa sayang yang suci tidak harus enti kotori dengan fitnah mainan syaitan. Rasa sayang yang suci tidak harus membutakan mata enti daripada melihat kebenaran dan kebatilan dan rasa sayang yang suci tidak harus membuatkan enti tunduk pada tuntutan nafsu.Bukan begini caranya enti menyalurkan rasa sayang tu, yang mana tindakan enti telah membusukkan nama ana...”

Ayu menangis.

"Maafkan Ayu, Ayu tak sangka jadi begini...”

"Enti, beginilah. Ana tidak mahu panjang-panjangkan kes ni, Ana cuma nak enti bersihkan kembali nama ana. Ana berjuang di jalan Allah, susah untuk ana berhadapan dengan mad’u yang mencerca ana atas maksiat yang tidak pernah ana lakukan. Mad’u ana yang dahulu pun sudah semakin jauh daripada ana dan Islam. Ana harap enti fikir-fikirkanlah. Jika enti tak mahu, ana terpaksa bawa kes ni kepada pihak atasan. Perbualan kita telah pun sahabat ana rekod melalui handphonenya.”

Ayu memandang Uwais. Uwais mengangguk.

"Jadilah mawar berduri yang berkembang mekar mengharungi arus dunia yang semakin kejam. Katakanlah yang benar walau pahit.”
Faiz mematikan ayatnya dan melangkah pergi bersama Uwais.

***

"Faiz! Tahniah, Ayu dah buat pengakuan. Memo-memo dah ditampal menyatakan kemaafan pada kau”

Hamdi tersenyum girang menyatakan berita itu kepada Faiz yang sedang duduk berteleku di meja belajarnya. Bagaikan masih kelihatan memo yang dibacanya di papan-papan notis menyatakan maaf pada Faiz.

Faiz tersenyum.

"Alhamdulillah, lapang dada ana... Syukur ya Allah.”

Sebak dada Faiz memikirkan pertolongan daripada Allah yang tidak pernah berhenti.

"Di, syukran....” Faiz memeluk erat tubuh Hamdi, menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menyedarkannya.

Hamdi membalas pelukan itu.

"Uhibbuka fillah” Faiz bersuara sebak.

"Uhibbuka fillah aidhon” Faiz melepaskan pelukan, dilihatnya mata Hamdi dipenuhi air.

"Eh, Di kau menangis?”

"Mana ada, mata aku masuk habuk.” Hamdi mengesat matanya yang memerah.

"Eleh sudahlah. Ada hikmahnya Allah turunkan ujian ni, dapat aku tengok air mata kau.” Faiz masih mahu mengusik.

Sejenak, mindanya teringatkan Uwais. Lantas, handphonenya dicapai dan dia mula menaip.

Salam ya akhi, syukran atas segalanya. Hanya Allah yang dapat membalas jasamu.

"Faiz” Hamdi memanggil, perlahan.

"Ya”

"Aku.. Aku nak jadi penggerak ummah juga”

Faiz terpana.

"Boleh sahabatku...”

Sekali lagi, Faiz memeluk erat tubuh Hamdi, seerat janji yang dipatri, seutuh ikatan yang dibina. =)

iluvislam.com

Saturday 23 January 2010

Tentang Sujud

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan peritmu di genggaman DOA,
Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati."

Thursday 21 January 2010

::$ELaMaT HaRi LahiR::


assalamualaikum sahabat2 sekalian... kesekian kali dapat menulis dalam blog nie. untuk kebajikan kami  (biro kebajikan) mengfokuskan kepada ukhuwah sahabat2. dalam masa ini, sila elert dengan tarikh2 penting sahabat2. oleh yang demikian, ana wakil kepada biro ini akan sentiasa meng'update' ttg pemberitahuan tarikh2 tersebut..
hari ini, samalah-samalah kita mendoakan dan ucapkan utk tim pengerusi kita, NORSUTRIANA HJ BABU atas hari ulangtahun nya pada hari ini.. sahabat2 muslimat boleh la datang bersama2 di msi pkul 12 nati. sahabat lain pun bole wish juga...

tak lupa juga kepada seorang lagi sahabat kita iaitu FARAH NAJIHA yang baru memasuki alam usia barunya pada 2 januari yang lalu.`

dilahirmu ini, kami hadiahkan lagu(ini la yang tersempat).. moga kak sutriana dan farah dipanjangkan usia dengan fikr dan zikr ila Ilahi...

SELAMAT HARI LAHIR
_SAUJANA_

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan...

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.

berita untuk sahabat



(KKM 09) Assalamualaikum kepada ahli KKM GEN 1 UTM, anda dikhendaki mencipta satu logo utk KKM Gen 1..Logo ini akan digunakan untuk buat banner blog,risalah dan t-shirt(insyallah)......tarikh hantar sblm 30/1/10 kepada biro multimedia are_min2805@yahoo.com...fowardkan kepada semua

Wednesday 20 January 2010

Thank you Allah!

“tahniah! Awak sungguh hebat!”, kata seorang sahabat kepada si penerima anugerah.
Hatinya kembang kempis menerima puluhan ucapan tahniah daripada hampir kesemua sahabatnya. Bukan main berbunga-bunga lagi. Dalam fikirannya bermain-main pelbagai bayangan. Mana tidaknya, baru lepas terima anugerah pemidato terbaik peringkat universiti.
“nampaknya, lepas ni aku jadi public figure!. Ramai la kenal aku lepas ni. Pensyarah-pensyarah, dan awek-awek?” Hatinya terus berbisik.
Kakinya terus melangkah meninggalkan dewan besar ke kolej kediamannya. Otaknya masih lagi tergambar di saat dia petah berhujah di hadapan ratusan penonton yang hadir, bersaing dengan peserta lain yang tidak kurang hebatnya, menunggu keputusan diumumkan, dan akhirnya dia memperoleh gelaran juara ini sekaligus mengenepikan peserta lain.
“hebatnya aku! Tak sangka. Tak sia-sia aku berlatih. Baru diorang tahu siapa aku.hehe.” Monolognya lagi sambil tersenyum puas sendirian.
Sambil tangannya membelek-belek piala digenggamannya. Kakinya terus melangkah dan kini dia sudah tiba di seberang jalan besar untuk melintas. Tanpa melihat kanan dan kiri seperti yang biasa dilakukan orang sebelum melintas jalan, kakinya terus melangkah. Dan tiba-tiba tanpa disangka, Buum!! Sebuah kereta kancil laju melanggar tubuhnya. Dia tercampak ke tepi jalan. Orang ramai mengerumuninya. Si pemandu kancil keluar daripada keretanya dalam keadaan cemas. Nampak ketakutan.
“aduh! Sakitnya.” Dia mengaduh.
Keadaannya tidak seteruk mana. Fizikalnya masih baik. Darah juga tidak banyak, Cuma luka dibeberapa tempat. Alhamdulillah Allah masih sayangkan dia.
(Cerita di atas ini hanya rekaan semata-semata tiada kena mengena samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.)
Mungkin perkara ini sudah biasa terjadi dalam hidup kita. Atau mungkin tidak pernah terjadi pada kita tapi pada diri orang lain. Sahabat, keluarga, orang sekeliling. Mendapat anugerah dan musibah dalam satu masa yang sama. Di sini saya hanya ingin mengajak sahabat sekalian berfikir dan bermuhasabah. Apakah kejayaan atau anugerah yang kita perolehi selama ini semata-mata berpunca daripada usaha kita? Sudah tentu tidak! Semuanya datang daripada Pencipta kita Yang Maha Agung, Allah swt. Jangan pernah lupa itu.
Kita ini sebenarnya kurang meletakkan Allah di hadapan. Ketika susah menangis setiap malam dalam doa, solat khusyuk. Memohon itu dan ini. Tapi apabila senang? Kita selalu lupa sebenarnya. Lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah.lupa untuk berterima kasih pada Allah dengan sebenar-benarnya.
Berdasarkan kisah yang saya bawakan itu tadi,kesalahan yang dilakukan hanyalah satu iaitu LUPA ALLAH. Dan punca lupa Allah adalah merasa diri kita hebat. Dan hanya sekelip mata sahaja bila Allah berfirman:
surah yasin:82 maksudnya: Sesungguhnya keadaan-Nya apabila dia menghendaki sesuatu hanyalah Berkata kepadanya: "Jadilah!" Maka terjadilah ia.

Terus meletakkan kita di bawah. Lihatlah musibah yang diturunkan Allah adalah untuk menegur perbuatan si penerima anugerah itu tadi kerana hanya memuji dirinya sahaja. Betapa Ar-Rahimnya Tuhan kita ini, kita lupakan Dia pun Dia masih mahu memperbetulkan diri kita. Sayangnya Allah pada hambanya yang tidak pernah tidak melakukan dosa ini, tidak mahu kita terus hanyut dengan perkara mazmumah.
Jadi, bersyukurlah ditimpa musibah kerana ia diberikan Allah pada kita kerana ingin menjahit kembali sejadah iman yang sudah koyak. Supaya tidak terus besar cariknya. Hingga nanti langsung sejadah itu tidak boleh digunakan lagi.
Siapalah kita tanpa Allah. Allah lah yang memiliki diri kita. Kita ini makhluk yang lemah. Tidak mampu mengangkat tangan, berdiri, berjalan, mahupun mengelipkan mata tanpa Kuasa Allah Ta’ala. Marilah bersyukur.. ucapkan Alhamdulillah..

mari hayati lirik ini..
Thank you Allah
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

                                                                                                                                       Bintun Amin

Sunday 17 January 2010

Anti Futur!

Kaedah Merawat Kelesuan Akibat FUTUR

1. Menjauhi maksiat dan keburukan serta punca-punca yang boleh membawa ke arah perlakuannya kerana sebagaimana ibadah boleh menghindarkan diri daripada maksiat, malaikat juga boleh menjauhkan seseorang daripada amal-amal kebajikan.

2. Istiqamah dengan amalan-amalan harian bagi meningkatkan kekuatan rohani dan jasmani. Hanya dengan persiapan rohani dan persediaan jasmani sajalah dapat mengharungi liku-liku perjuangan menegakkan islam yang penuh dengan ranjau dan halangan.

3. Menjaga waktu-waktu yang utama dan menghidupkan amalan ketaatan. Sebagai contoh, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, solat dhuha, membaca zikir dan doa pada waktu-waktu yang tertentu.

4. Menjaga diri daripada bersikap melampau dan terlalu menyusahkan diri dalam urusan agama Allah iaitu dengan bersikap sederhana serta menjaga amalan-amalan kebiasaan mengikut sunnah, melakukan amalan yang sedikit tetapi istiqamah adalah lebih baik daripada melakukan banyak amalan tetapi tidak kekal.

5. Menggabungkan diri dengan jemaah Islam dan meninggalkan uzlah. Hanya dengan menyertai jemaah seseorang itu dapat meningkatkan potensi diri dan tidak mudah tertipu oleh tipu daya syaitan.

6. Mengenali cabaran-cabaran di jalan dakwah dengan mengenal pasti halangan dan mehnah yang bakal ditempuhi akan menyiapkan para petugas Islam agar tidak mudah berputus asa dan hilang semangat.

7. Bersikap teliti dan melaksanakan kerja secara sistematik. Kerja-kerja yang tidak berperancangan dan dilakukan secara sembrono akan menemui jalan buntu.

8. Selalu bergaul dengan orang yang salih dan banyak melakukan amal soleh.

9. Memberi hak-hak tubuh badan dan jasmani seperti rehat dan penjagaan yang sebaiknya.

10. Memberi ruang pada jiwa untuk menikmati perkara-perkara yang harus seperti bergurau, bermain dan berekreasi.

11. Selalu membaca buku sirah nabi dan sejarah orang-orang yang soleh. Ini kerana buku-buku tersebut mengandungi pelbagai teladan bagi setiap muslim.

12. Sentiasa mengingati mati dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti azab kubur dan hari kebangkitan.

13. Sentiasa membayangkan nikmat syurga dan azab neraka. Ini akan memantapkan lagi iman dan menguatkan semangat untuk memikul amanah Allah.

14. Selalu menghadiri majlis ilmu. Ini kerana ia akan mengembalikan kerajinan pendengar untuk melakukan kerja-kerja Islam.

15. Memahami tasawur Islam dengan mengamalkan kesyumulan agama itu sendiri. Ini akan mengelakkan pemahaman yang cetek terhadap Islam.

16. Sering memuhasabah diri. InsyAllah ia akan cepat menyedarkan kita daripada kealpaan.

PENUTUP

Kelesuan petugas-petugas Islam kini adalah akibat tidak memahami bahaya membiasakan diri dengan sifat malas sehingga terdedah kepada pelbagai penyakit seperti futur. Syaitan akan segera mengambil kesempatan untuk melalaikan umat Islam sehingga jauh daripada janji kemenangan (nusrah) yang dijanjikan oleh Allah.

oleh : yanglatif@yahoo.com
Biro Pengisian

10 sunnats that we should bring alive

The rewards of practicing sunnah of Rasulullah is so abundant, one just cannot imagine the rewards Allah Ta’ala has kept in store for the one who adheres strictly to the sunnah. The greatest reward one will receive for adopting the sunnah practices of Rasulullah is that we will acquire the love of Allah Ta’ala and He will forgive our sins. Listed hereunder are 10 easy sunnats with the rewards mentioned in the Hadith for us to bring alive this year. May Allah Ta’ala allow us all to live in accordance with the sunnah of our beloved Rasulullah .

1. To recite Bismillah wal Hamdulillah before commencing wudhu.
> Rasulullah has mentioned that a person who recites this dua before making wudhu, the Angels continue writing down rewards for him as long as he remains in the state of wudhu.

2. Using of the Miswaak before wudhu.
> Rasulullah has said that the miswaak cleans the mouth and pleases our Rabb (Allah Ta’ala).
> Rasulullah has said that a person who makes miswaak before making wudhu and performs two rakaats salaah is better than that person who performs 70 rakaats salaah without making miswaak.
> It will enable one to recite the Kalimah Shahaadah at the time of death.
> More than 70 benefits of using the miswaak have been listed.

3. To recite the following dua after wudhu:
اَØ´ْÙ‡َدُ اَÙ†ْ لاَّ اِلهَ اِلاَّ اِلله ُ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙ‡ُ ÙˆَاَØ´ْÙ‡َدُ اَÙ†َّ Ù…ُØ­َÙ…َّدًا عَبْدُÙ‡ُ ÙˆَرَسُÙˆْÙ„ُÙ‡ُ
> The eight doors of Jannah are opened for the one who recites this dua and he will have the choice of entering from whichever door he wishes.

4. To sleep with wudhu.
> Rasulullah has said that a person who makes wudhu before sleeping and passes away in this condition, is elevated to the rank of a martyr (Shaheed).
> Rasulullah has said that a person who makes wudhu and then goes to sleep, his rooh ascends to the arsh (throne) of Allah Ta’ala and remains in sajdah for as long as he is asleep.

5. To go walking to the Masjid for salaah.
> Rasulullah has mentioned that a person who makes wudhu at home and then goes walking to the masjid to fulfill a Fardh Salaah, for every step that he takes towards the masjid, one sin will be forgiven, and he will be raised up one stage higher in Jannah.
> When he performs his salaah, the Angels continue making dua for him as long as he is in the Masjid, “O Allah, have mercy upon him, O Allah send your special salutations upon him.”
> Rasulullah has said that a person who goes walking to the masjid in the morning or evening, Allah Ta’ala prepares for him an abode in Jannah every time he goes out (for salaah).

6. Performing salaah in the first Saff.
> The first saff is like the saff of the malaaikah.
> Rasulullah said, “If only you knew the reward of sitting in the first saff, you would have had to draw lots.”
> Rasulullah said, “If only you knew the virtue of the first saff, you would race with one another in order to get there first.”

7. To recite Tasbeeh-e-Faatimi (33 times subhaan Allah, 33 times Al-hamdulillah and 34 times Allahu Akbar) after every Fardh salaah and at the time of going to bed.
> Once the poor Muhaajireen came to Rasulullah and complained that they were unable to compete with the wealthy Sahaabah because the wealthy Sahaabah gave Sadaqah and freed slaves, both of which they could not do. Rasulullah said to them, “Should I not teach you something which will allow you to reach those who have surpassed you and it will allow those who are behind you to surpass you. There will be no one who will be more virtuous than you except for those who practice upon this.” They said, “Yes, O Rasulullah .” Rasulullah then said, “Recite tasbeeh 33 times, tahmeed [Al-hamdulillah] 33 times and takbeer 34 times after every salaah.”
> All ones sins are forgiven, even if they are equal to the foam of the ocean.
> For every subhanallah that one will recite, Allah Ta’ala will plant a tree in Jannah for that person.

8. To recite durood shareef 1000 times on a Friday.
> One who recites Durood Shareef one thousand times on a Friday, will most certainly see his abode in Jannah before death.

9. Reciting the Qur’aan Shareef daily in one’s home.
> Rasulullah has said that the house wherein there is no tilaawat of the Qur’aan is like a desolate house.
> The virtue of the kalaam of Allah Ta’ala over all the other kalaam is like the virtue of Allah Ta’ala over all His creation.

10. Recite the following dua when in shopping centres:

لاَ اِلهَ اِلاَّ الله ُ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙ‡ُ Ù„َÙ‡ُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒُ ÙˆَÙ„َÙ‡ُ الْØ­َÙ…ْدُ ÙŠُØ­ْÙŠِ
ÙˆَÙŠُÙ…ِÙŠْتُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø­َÙŠٌّ لاَ ÙŠَÙ…ُÙˆْتُ بِÙŠَدِÙ‡ِ الْØ®َÙŠْرُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَلى ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِÙŠْرٌ

> Whosoever recites the above dua will receive 1 million rewards, 1 million of his sins will be forgiven and his ranks will be raised a million times in Jannah. Furthermore a palace will be built for him in Jannah.

Note: Rasulullah has said: “The best of places in the sight of Allah Ta’ala are the masaajid and the worst of places in the sight of Allâh Ta’ala are the shopping centers.”

Friday 15 January 2010

SALAM?? ADAT ATAU IBADAH..??


Sesungguhnya salam itu merupakan sunnah terdahulu sejak zaman Nabi Adam ‘alaihi salam sehingga ke hari kiamat, dan salam merupakan ucapan para penghuni syurga, Dan ucapan mereka di dalamnya adalah salam. Salam merupakan sunnah para Nabi, tabiat orang-orang yang bertakwa dan semboyan orang-orang yang suci. Namun, dewasa ini, benar-benar telah terjadi kekejian yang nyata dan perpecahan yang terang di tengah-tengah kaum muslimin! Jikalau engkau melihat mereka, ada saudara semuslim yang melintasi mereka, mereka tidak mengucapkan salam kepadanya. Sebahagian lagi hanya mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenalinya sahaja, bahkan mereka merasa aneh ketika ada orang yang tidak dikenalinya memberi salam kepadanya, mereka mengingkarinya dengan menyatakan “Apakah anda mengenali saya?”.



Sedangkan yang sedemikian itu merupakan penyelisihan terhadap perintah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam, sehingga menyebabkan semakin menjauhnya hati-hati mereka, semakin merebaknya perangai-perangai kasar dan semakin bertambahnya perpecahan. Bersabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam: “Tidaklah kalian akan masuk syurga sehingga kalian beriman, dan tidaklah kalian dikatakan beriman sehingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan kepada sesuatu yang jika kalian mengamalkannya nescaya kalian akan saling mencintai, iaitu tebarkan salam di antara kalian.” (HR Muslim).






Di dalam hadits Muttafaq ‘alaihi, ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam, “Islam bagaimanakah yang baik?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenali mahupun yang tidak engkau kenali.” (Muttafaq ‘alaihi).

Maka yang demikian ini merupakan suatu anjuran untuk menyebarkan salam di tengah-tengah kaum muslimin, dan bahawasanya salam itu tidaklah terbatas kepada orang yang engkau kenali dan sahabat-sahabatmu sahaja, namun untuk keseluruhan kaum muslimin.

Adalah Abdullah Ibnu 'Umar Radhiallahu ‘anhu pergi ke pasar pada pagi hari dan berkata : “Sesungguhnya kami pergi bertolak pada pagi hari adalah untuk menyebarkan salam, maka kami mengucapkan salam kepada siapa saja yang kami jumpai.”

Salam itu menunjukkan ketawadhu’an seorang muslim, ia juga menunjukkan kecintaan kepada saudaranya yang lain. Salam menggambarkan akan kebersihan hatinya daripada dengki, dendam, kebencian, kesombongan dan rasa memandang rendah kepada orang lain. Salam merupakan hak kaum muslimin antara satu dengan lainnya, ia merupakan sebab tercapainya rasa saling mengenali, bertautnya hati dan bertambahnya rasa kasih sayang serta kecintaan. Ia juga merupakan sebab diperolehnya kebaikan dan sebab untuk seseorang masuk syurga. Menyebarkan salam adalah salah satu bentuk menghidupkan sunnah Mustofa Shalallahu ‘alaihi wa sallam.

Bersabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam: “Lima perkara yang wajib bagi seorang muslim ke atas saudaranya, menjawab salam, mendo’akan orang yang bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan menghantarkan jenazah.” (HR Muslim).

Wajib bagi sesiapa yang diberi salam menjawab dengan jawapan yang serupa sebagai bentuk ittiba’ terhadap perintah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam. Dari Abi Sa'id Al-Khudriy Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Jauhilah oleh duduk-duduk di pinggir jalan!” mereka berkata, “Ya Rasulallah, kami tidak boleh meninggalkan majlis kami ini dan juga bercakap-cakap di dalamnya.” Maka Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Jika engkau enggan meninggalkannya, maka berilah haknya jalan.” Mereka berkata, “Apakah haknya jalan itu wahai Rasulullah?” menjawab Rasulullah, “Mennundukkan pandangan, menyingkirkan gangguan, menjawab salam serta amar ma’ruf nahi munkar.” (Muttafaq ‘alaihi).

Imam Nawawi Rahimahullah berkata : “Ketahuilah, sesungguhnya memulai salam itu adalah sunnah, dan membalasnya adalah wajib. Jika si pemberi salam itu jumlahnya ramai, maka yang demikian ini merupakan sunnah kifayah ke atas mereka, maksudnya jika sebahagian telah mengucapkan salam bererti mereka telah melaksanakan sunnah salam atas hak keseluruhan mereka. Jika yang diberi salam seorang diri, maka wajib ke atasnya menjawabnya. Jika yang diberi salam ramai, maka menjawabnya adalah fardhu kifayah atas hak mereka, maksudnya jika salah seorang daripada mereka telah menjawabnya maka gugurlah kewajipan bagi yang lainnya. Namun, yang lebih utama adalah memulai memberi salam secara bersama-sama dan menjawabnya dengan bersamaan pula.”


SIFAT SALAM

Berkata Imam Nawawi, “Ucapan salam minima dengan perkataan ‘assalamu’alaikum’, jika yang diberi salam seorang diri, maka minima dia mengucapkan ‘assalamu’alaika’, namun adalah lebih utama jika dia mengucapkannya dengan ‘assalamu’alaikum’, kerana kalimat ini mencakupi do’a bagi dirinya dan yang bersamanya (malaikat, pent.). Dan alangkah sempurna lagi dia menambahkan ‘warohmatullahi’ dan ‘wabarokatuh’, walaupun sebenarnya kalimat ‘assalamu’alaikum’ telah mencukupi.”


MENJAWAB SALAM

Imam Nawawi berkata, “Adapun cara membalas salam, lebih utama dan lebih sempurna jika mengucapkan ‘wa’alaikum as-Salam wa rohmatullahi wa barokatuh’, dengan menambahkan huruf ‘waw’ (yang mendahului kata ‘alaikum) ataupun tidak menggunakannya (membuangnya), hal ini diperbolehkan namun meninggalkan keutamaan. Adapun meringkaskannya menjadi ‘wa’alaikumus salam’ atau ‘alaikumus salam’ sahaja sudah mencukupi. Sedangkan meringkaskannya menjadi ‘alaikum’ sahaja, menurut kesepakatan ulama’ tidaklah mencukupi, demikian pula dengan ‘wa’alaikum’ sahaja yang diawali dengan huruf ‘waw’.


TINGKATAN SALAM

Salam memiliki 3 tingkatan, tingkatan yang paling tinggi, paling sempurna dan paling utama adalah ‘Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh’, kemudian yang lebih rendah daripadanya ucapan ‘assalamu’alaikum warohmatullah’ dan terakhir yang paling rendah adalah ‘assalamu’alaikum’. Seseorang yang mengucapkan salam (Musallim), boleh jadi mendapatkan ganjaran yang sempurna dan boleh jadi mendapatkan ganjaran di bawahnya, sesuai dengan salam yang dia ucapkan.” Hal ini sesuai dengan kisah tentang seorang lelaki yang masuk ke dalam masjid dan saat itu Rasulullah dan para sahabat-sahabatnya sedang duduk-duduk, berkata lelaki tadi, “Assalamu’alaikum”, maka Nabi menjawab, “wa’alaikumus salam, sepuluh atasmu”, kemudian masuk lelaki lain dan berkata, “Assalamu’alaikum warohmatullah”, Rasulullah menjawab, “Wa’alaikumus Salam warohmatullah, dua puluh atasmu”. Tidak lama kemudian datang lagi seorang lelaki sambil mengucapkan “Assalamu’alaikum warohmaatullahi wabarokatuh”, maka jawab Rasulullah, “Wa’alaikumus Salam warohmatullahi wabarokatuh, tiga puluh atasmu”. (HR Abu Dawud dan Turmudzi), yang dimaksudkan adalah sepuluh, dua puluh dan tiga puluh kebaikan.


ADAB-ADAB SALAM

1. Disunnahkan tatkala bertemu dua jenis orang di jalan, iaitu orang yang berkenderaan supaya memberi salam kepada yang berjalan kaki, yang sedikit kepada yang ramai dan yang muda kepada yang tua. Bersabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Hendaklah salam bagi yang berkenderaan kepada pejalan kaki, yang berjalan kaki kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang ramai.” (HR. Muslim).

2. Sayogiyanya orang yang hendak memberikan salam kepada kaum muslimin dengan mengucapkan salam dan bukan dengan ucapan ‘selamat pagi’ atau ‘selamat datang’ ataupun ‘hello’, hendak dia memulainya dengan salam kemudian baru dia boleh menyambutnya dengan sapaan yang diperbolehkan di dalam Islam.

3. Disukai bagi seorang muslim yang akan masuk ke rumahnya, mengucapkan salam terlebih dahulu, kerana sesungguhnya berkah itu turun beserta salam, bersabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Jika engkau hendak masuk ke rumahmu, hendaklah engkau salam, nescaya berkah akan turun kepadamu dan keluargamu.” (HR Turmudzi). “Dan jika tidak ada seorangpun di dalamnya, maka ucapkan, Assalamu’alainaa ‘ibaadillahish shaalihin.” (HR Muslim).

4. Sayogiyanya mengucapkan salam itu dengan suara yang dapat didengar namun tidak mengganggu orang yang mendengar dan membangunkan orang yang tidur. Dari Miqdad Radhiallahu ‘anhu berkata : “Kami mengangkat untuk Nabi bahagiannya daripada susu, dan beliau tiba saat malam, mengucapkan salam dengan suara yang tidak membangunkan orang yang tidur dan dapat didengar oleh orang yang jaga.” (HR Muslim).

5. Dianjurkan untuk memberikan salam dan mengulanginya lagi jika terpisah daripada saudaranya, walaupun hanya dipisahkan oleh tembok. Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda, “Jika seseorang di antara kalian bertemu dengan saudaranya, hendaklah dia memberinya salam, dan jika terpisah antara keduanya oleh pohon, tembok ataupun batu besar lalu bertemu kembali, hendakla kalian mengucapkan salam lagi kepadanya.” (HR Abu Dawud).

6. Ramai ulama’ memperbolehkan seorang lelaki mengucapkan salam kepada seorang wanita, dan sebaliknya, selama aman daripada fitnah, sebagaimana seorang wanita mengucapkan salam kepada mahramnya, maka wajib juga atasnya untuk menjawab salam daripada mereka. Demikian halnya seorang laki-laki kepada mahramnya wajib atasnya menjawab salam dari mereka. Jika dia seorang ajnabiyah (wanita bukan mahram), maka tidaklah mengapa mengucapkan salam kepadanya ataupun membalas salamnya jika wanita tersebut yang mengucapkan salam, selama aman daripada fitnah, dengan syarat tanpa bersentuhan tangan/jabat tangan dan mendayu-dayukan suara.

7. Daripada hal-hal yang tersebar di kalangan manusia adalah menjadikan salam itu berbentuk isyarat atau memberi tanda dengan tangan. Jika seseorang yang mengucapkan salam itu jauh, maka mengucapkan salam sambil memberikan isyarat tidaklah mengapa, selama dia tidak dapat mendengarmu, kerana isyarat ketika itu menjadi penunjuk salam dan tidak ada pengganti selainnya, juga demikian dalam membalasnya.

8. Dianjurkan bagi orang yang duduk mengucapkan salam ketika dia hendak berdiri di dalam majlisnya. Sebagaimana sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam, “Jika kalian mendatangi suatu majlis hendaklah memberi salam, dan jika hendak berdiri seyogiyanya juga memberi salam, dan tidaklah yang pertama itu lebih berhak daripada yang terakhir”. (HR. Abu Dawud)

9. Disunnahkan berjabat tangan ketika memberi salam dan memberikan tangannya kepada saudaranya. Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tidaklah bertemu dua orang muslim kemudian berjabat tangan kecuali Allah akan mengampuni dosanya sebelum berpisah”. (HR. Abu Dawud dan Turmudzi).

10. Menunjukkan wajah yang ceria, bermanis muka dan tersenyum ketika salam. Sebagaimana sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Senyummu kepada saudaramu itu sedekah”, dan sabdanya pula “Janganlah engkau remehkan suatu kebajikan sedikitpun, walaupun hanya bermanis muka terhadap saudaramu”. (HR. Muslim)

11. Disunnahkan memberi salam kepada anak-anak sebagaimana Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam sentiasa melakukannya, dan yang demikian ini adalah suatu hal yang menggembirakan mereka, menanamkan rasa percaya diri dan menumbuhkan semangat menuntut ilmu di dalam hati mereka.

12. Tidak diperbolehkan memulai salam kepada orang kafir sebagaimana di dalam sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Janganlah mendahului Yahudi dan Nasrani dengan ucapan salam, jika engkau menemui salah seorang daripada mereka di jalan, desaklah hingga mereka menepi dari jalan”. (HR. Muslim) dan bersabda pula Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Jika ahli kitab memberi salam kepadamu maka jawablah dengan wa’alaikum” (mutafaq alaihi).



TEMAN MUHASABAH HEWI 2010



SALAM SAHABAT SISWI SEKALIAN..ANDA SEMUA DI JEMPUT HADIR MENGIMARAHKAN PROGRAM INI..(^^,)

Thursday 14 January 2010

Mari Ngaji agama...


Friday 8 January 2010

5 tanda HATI keras membatu


Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pe ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)


GEN-1 KKM??? MELETUS

1.Assalamualaikum saya ucapkan kepada seluruh mahasiswa UTM dan masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru..

2.Pertama dan selama-lamanya,marilah sama kita melafazkan rasa syukur kepada ALlah atas segala nikmat yang tidak pernah putus walaupun sedetik kepada kita..Sama2lah kita menzahirkan rasa syukur dalam kehidupan seharian kita moga2 rahmat dan nikmat yang diberikan terus dapat kita kecapi bersama.

3.Sudah hampir sebulan berada di UTM,jujurnya saya merasakan masa begitu pantas memacu.Begitu banyak hal yang hendak direncanakan dan digerakkan oleh gen-1 sendiri tapi mungkin jalan masih belum terbuka seluasnya untuk melaksanakan rencana yang telah direncanakan.

4.Jesteru,saya memohon kepada semua ahli gen-1 supaya sama2 meerasakan satu tanggungjawab yang telah ALlah pikulkan kepada kita untuk kita sebarkan.Persoalannya???adakah kita bersedia @ xbersedia dengan tanggungjawab yang diberikan.Mungkin yang membaca entry ini boleh memberi komen dan insyaALlah,saya akan berkongsi satu lagi entry akan datang berkenaan persoalan yang saya berikan...

Friday 1 January 2010

BERFESYENLAH ASALKAN MEMENUHI KEHENDAK SYARIAT!!!!!!


 

Ciri Pakaian Wanita Islam :~
  • Berdasarkan pendapat Jumhur Ulama', seluruh badan wajib ditutup kecuali muka  dan tapak tangan.
  • Material atau bahan yang digunakan untuk membuat pakaian BUKAN dari jenis yang jarang dan nipis sehingga menampakkan kulit si pemakai.
  • Pakaian wanita ISLAM tidak boleh menyerupai pakaian lelaki.
  • Tudung mestilah menutupi bahagian dada.
  • Pakaian longgar dan TIDAK KETAT.
  • Pakaian metilah TIDAK menampakkan bentuk tubuh.
  • Seelok-eloknya warna baju TIDAK TERLALU TERANG sehingga menarik perhatian umum.
  • Lengan baju hendaklah sehingga ke pergelangan tangan.
  • Kain mestilah labuh sehingga ke buku lali.
  • Jika berseluar pastikan baju dilabuhkan hingga menutupi bahagian punggung.
  • BERSTOKING


10 KESILAPAN WANITA MENGENAI AURAT...

Antara kesilapan wanita mengenai aurat :~
1) Aurat dianggap memakai tudung sahaja.
2) Bertudung tetapi ber' T-Shirt' berlengan pendek.
3) Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
4) Bertudung tetapi menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
5) Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.
6) Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
7) Bertudung tetapi  tudungnya selempang/ dilemparkan  ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
8) Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
9) Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan. Diriwayatkan daam sebuah hadith :~
   
" ALLAH sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) - (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah,Musannaf Abd Razak)

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para Sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulullah SAW memuji dan menyebut hadith di atas.


10)
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berintraksi dengan lelaki. 
Larangan ini datang dari firman ALLAH SWT : " Janganlah perempuan-perempuan itu berlemah-lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit."

 

Mengapa mesti menutup AURAT????

 

Berdasarkan dalil Al-Quran dan Al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah masalah remeh. Malah ia merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh syaitan. Kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putuskan hubungan keluarga dan pelbagai.

    Perihal Syaitan mensasarkan dosa "buka aurat" ini sebagai agenda utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman ALLAH ertinya :~
    " Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya.." (Al-A'raf : 20)

    Tujuan utama diwajibkan umat islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :~
a) Perbezaan dengan binatang.
    Allah SWT berfirman : "Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu         pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu... (Al-A'raf : 26)
    Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tidak cukup kemampuan dan akal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.
b) Agar kaum wanita tidak disakiti.
    Ia bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59. "....hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita ISLAM) supaya mereka tidak diganggu."
c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama islam.
    Ia juga boleh difahami dari surah Al-Ahzab ayat 59 apabila ALLAH SWT menyebut "....yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita ISLAM)..."
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian ISLAM.
Kita dapat memerhati bagaimana "trend" sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan "dress code" tertentu bagi kakitangannya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjkaga "standard" berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru ISLAM adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia.