Thursday 9 December 2010

Tribute Muharram



Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh nabi kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk – makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

1) 10 Muharram – Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

2) Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

3) Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

4) Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

5) Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

6) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

7) Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

8) Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

9) Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

10) Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

11) Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

12) Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

13) Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

14) Hari pertama Allah menciptakan alam.

15) Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

16) Hari pertama Allah menurunkan hujan.

17) Allah menjadikan ‘Arasy.

18) Allah menjadikan Luh Mahfuz.

19) Allah menjadikan alam.

20) Allah menjadikan Malaikat Jibril.

21) Nabi Isa diangkat ke langit

Thursday 11 November 2010

Sambut 10 hari & malam Zulhijjah


Kebanyakan muslim telah sedia maklum tentang kelebihan yang tersedia pada malam Ramadan, terutama pada sepuluh malam terakhir. Namun, tidak semua orang tahu bahawa sepuluh hari pertama bulan terakhir dari bulan Islam, Dzul Hijjah, juga dipenuhi dengan kelebihan yang sama.

Allah telah memberikan banyak peluang kepada muslim pada sepanjang tahun untuk mereka memperbaharui iman mereka dan untuk mendorong mereka ke arah kebaikan dengan menentukan hari-hari yang istimewa. Jadi, kita masih mempunyai kesempatan dan kita tidak harus membiarkan peluang ini hilang begitu saja seperti sebelum ini.

Allah berfirman dalam al-Quran dalam Surah Al-Fajr (terjemahan):

"Demi fajar, dan malam yang sepuluh, " [Al-Fajr 89:1-2].

Kebanyakan ulama' bersetuju bahawa sepuluh malam ini merujuk kepada sepuluh malam pertama Zulhijah. Ibnu Kathir juga telah membenarkan pendapat ini dengan menyatakan: "Ini adalah pendapat yang benar." [Tafsir Ibnu Katsir, 8 / 413]

Ibnu 'Abbas melaporkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) berkata,

"Tiada amalan baik yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih unggul dari amalan-amalan yang dilakukan pada bulan zulhijjah."

Di antara amalan yang digalakkan pada sepuluh hari ini adalah berpuasa sunat, menawarkan korban binatang (biri-biri, kambing, dll), bertaubat dengan ikhlas, membaca Quran, melakukan solat malam dan akhirnya menunaikan solat `eid pada hari kesepuluh Dzul Hijjah .

Hafsah melaporkan, "Ada lima perkara yang tak pernah ditinggalkan oleh Rasul (s.a.w.): puasa hari 'Asyura, puasa yang 10 [iaitu pada hari pertama Zulhijah], puasa 3 hari pada setiap bulan dan solat dua rak'aat sebelum solat subuh ". [diriwayatkan oleh Ahmad dan An-Nasa'i].

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah (s.a.w) berkata, "Tidak ada hari yang lebih dicintai oleh Allah untuk anda beribadah padanya berbanding sepuluh hari Dhul Hijjah. Berpuasa pada mana-mana hari sepanjang waktu itu adalah sama dengan puasa satu tahun, dan melakukan solat Tahajjud (solat malam) pada mana-mana malam sepanjang tempoh itu adalah seperti melaksanakan solat malam pada malam al-qadr."[diriwayatkan oleh Tirmidzi, Ibnu Majah, dan al-Baihaqi].

Nabi (s.a.w) memerintahkan kita untuk mengucapkan banyak Tasbeeh ("Subhan-Allah"), tahmid ("Al-hamdu Lillaah") dan takbir ("Allaahu Akbar") selama waktu ini. 'Abdullah bin' Umar (radhiallahu 'anhuma) melaporkan bahawa Nabi (s.a.w) berkata: "Tidak ada hari yang lebih agung pada pandangan Allah dan tiada amalan-amalan yang lebih dicintaiNya berbanding sepuluh hari ini , jadi pada waktu ini banyakkanlah bertahleel ("La ilaaha ill-Allah"), takbir dan tahmid ". (HR Ahmad, 7 / 224; Ahmad Shaakir menyatakan bahawa itu adalah sahih).

Jadi, sebagai seorang muslim kita harus menyambut hari ke-sepuluh Dzul Hijjah dengan semangat dan kesungguhan yang sama seperti kami menyambut sepuluh hari terakhir bulan Ramadan atau hari-hari besar yang lain. Marilah kita berusaha semampu mungkin.

SALAM BERAMAL!!~

Saturday 30 October 2010

Bangun Pagi-pagi...

Bila diri bangun di pagi hari ...
Titipkanlah rasa syukur di hatimu kepada Allah ...
Ya Allah, terima kasih kerana menghidupkan lagi aku hari ini.
Lantas ucapkanlah doa warisan Junjunganmu Nabi Muhammad SAW;
“Segala puji bagi Mu Ya Allah yg masih menghidupkan aku selepas kematianku dan hanya kepada Mu tempat aku kembali ..."

Bila diri bangun di pagi hari...
Bangkitlah dengan rasa kerdilnya diri kepada Allah ...
Dengan izinNya engkau mampu bangun untuk meneruskan lagi kehidupan.
Sucikanlah hati dan zahir dirimu dengan berwuduk..
Rebutlah peluang di akhir sepertiga malam untuk sujud kepadaNya ....
Meraih kasih jua rahmatNya ..
Moga dipimpin hidupmu di dunia.

Bila azan bermandang...
Bersegeralah wahai diri ...
Tunaikanlah kewajipanmu...
Hadapkanlah diri beserta hatimu kepadaNya...
Dengan penuh rasa kerdilnya diri, lemahnya diri ini ya Allah...

Sedarilah hakikat dirimu sebagai hambaNya ...
Dan ketahuilah sesungguhnya solatmu di pagi ini disaksikan oleh para malaikat.
Lalu di sujud yang terakhir, mohonlah kepada Allah ...
Semoga dosa-dosamu diampun olehNya ,
Semoga hatimu tidak akan goyah dengan dunia.
Mintalah kekuatan kepada Allah.
Untuk menghadapi hidup seharian ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepadaNya,
Moga bertambah sifat kehambaan dalam dirimu ...
Moga kan bersinar cahaya imanmu.

Bisikkanlah jua di hati nuranimu ...
Rasa pengharapan agar diberi nusrah dalam menjaga kewajipanmu ...
Bersegera dalam menunaikan solat beserta rasa khusyuk dan takut kepadaNya semata ...
Dimudahkan dalam melakukan amal soleh sebagai bekalmu..

Apabila tiba hari pertemuan denganNya di akhirat nanti.
Mohonlah perlindunganNya agar dijauhkan dirimu daripada hasutan dan bisikan syaitan laknatullah,
Kejahatan manusia yg tidak beriman dan keburukan sifat mereka yang munafik...
Dan merintihlah lagi kepada Allah...
Berilah kekuatan kepada dirimu dalam melakukan amal bakti terhadap orang tuamu dan kaum kerabatmu,
Moga terpelihara lidah jua tanganmu daripada menyakiti hamba-hambaNya ....
Dan mintalah kepadanya hati yang cekal dan tabah ..
Moga kuat semangatmu dalam bermujahadah ..
Moga tidak luntur roh perjuanganmu dalam membela agamaNya!!

Dan insafilah wahai diri...
Tidak ada yang lebih berharga selain daripada redhaNya,
Tidak ada yang lebih bahagia selain daripada cintaNya..
Dan tidak ada yang lebih bermakna dalam kehidupan di dunia ini..
Selain hidayah jua pimpinanNya ... 

Wahai Diri..

Saturday 25 September 2010

Gabung Puasa Sunat 6 Syawal & Puasa Qadha?

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini :
Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian
_________

*Tambahan
  • (Mazhab Syafie)
Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha.
Imam as-Syafie di dalam kitab muktabarnya al-Umm ketika mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) menyebut hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).
  •  Imam Jalaluddin as Syuyuti di dalam kitab al Isybah juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.
  • MANAKALA jawapan [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383] dalam masalah ini seperti berikut:
"Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya."
  • AKAN TETAPI, 
jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran.

[Sharh al-Mumthi' 6/448].
  • Berkenaan persoalan tentang mestikah puasa enam Syawwal itu BERTURUT-TURUT SELEPAS HARI RAYA ATAU TIDAK? 
Jawapan Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi dalam persoalan ini seperti berikut:
“Tidak semestinya dia berpuasa terus selepas hari raya. Bahkan harus untuk dia memulakan sehari atau beberapa hari selepas hari raya. Samada dia hendak berpuasa bersambungan ataupun berpecah-pecah dalam bulan Syawwal. Ia berdasarkan apa yang mudah baginya. Perkara ini luas (pilihannya)”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, 10/391).
 Wallahualam.

Sunday 8 August 2010

Kurniaan-kurniaan Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Monday 19 July 2010

Anggur, Sultan Muhammad Al-Fateh & Tenteranya

Satu ketika, dalam perjalanan menuju ke Kota Constantinople, tentera Sultan Muhammad al-Fateh melalui sebuah ladang anggur yang besar dan sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui ladang tersebut, Sultan Muhammad al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walau sebiji. Perjalanan diteruskan hingga di suatu tempat mereka berehat.

Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah al-Fateh dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul. Dikatakan bahawa al-Fateh telah jatuh gering. Maka setelah diteliti oleh doktor, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur.

Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapakah yang mempunyai buah anggur kerana jika tidak ada mungkin al-Fateh akan terus gering dan bakal mangkat. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat fizikal, malah rohani mereka jua. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yg mengingkari perintahnya.


Maka keluarlah al-Fateh dari khemah dan memuji tenteranya dan menerangkan kepada mereka akan maksud sebenar dan mungkin anda juga pernah mendengar akan kisah kaedah al-Fateh memilih siapa dalam kalangan tenteranya yang layak berada di barisan hadapan.

Sunday 6 June 2010

Jalan-jalan Syurga

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya sudah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah, bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah?"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat?"

"Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?"

Ayahnya menambah, "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini."

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah." Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" yang ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu." kata perempuan tersebut dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya, "Ada sesiapa ingin menyatakan sesuatu?"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda,sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini." Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar. Pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu."

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". Katanya; "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik." itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka."

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka."

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

Saturday 15 May 2010

Love For The Sake Of ALLAH

To love someone for the sake of Allah is a grand act for which much merit and many rewards have been promised.

"To love for the sake of Allah" means loving someone, not for worldly gain, but because he/she is more religious and pious or busy in serving Muslims and Islam, or because loving him or her is commanded by Allah; like loving parents.

Prophet Muhammad (pbuh) said:

"Allah shall ask on the Day of Judgment; ' Where are those who loved for the sake of my greatness? Today when there is no shade, I shall have them in my shade.'" [Sahih Muslim]

Allah (swt) says in the Qur’an:

"The Believers are but a single brotherhood." [49:10]

Prophet Muhammad (pbuh) said:

“There are three things, that whoever attains, will find the sweetness of faith: If Allah and his messenger are dearer to him than anyone else; if he loves a person solely for the sake of Allah; and if he would hate to return to disbelief (kufr) after Allah has rescued him from it, as much as he would hate to be thrown into fire."[Agreed upon]

Having love for Allah's pious and good bondsmen is actually an outcome of one's love for Allah, so it earns the same rewards and merits as the latter.

Prophet Muhammad (pbuh) was asked:

"When shall come the Day of Judgment?" Our Prophet (pbuh) asked him : “What preparation have you made for the Day?" The man said, "Nothing, but I have love for Allah and for his messenger." The Prophet (pbuh) said: "You shall be (on that Day) with whom you love."

The above saying (hadith) has been quoted by Anas. He said that these words of the prophet Muhammad (pbuh) pleased us as nothing had ever done. He added: "I have great love for the Prophet Muhammad (pbuh) - may he be eternally blessed - and with Abu Bakr and Umar, may Allah be pleased with them, and because of this love, I shall be in their company, even though my deeds are not equal to theirs." [Sahih Bukhari]

Allah has commanded Muslims to love one another, to take one another as friends and brothers and care and help each other, Allah (swt) says in the Qur’an:

(And hold fast by the covenant of Allah all together and be not disunited, and remember the favor of Allah on you when you were enemies, then He united your hearts so by His favor you became brethren; and you were on the brink of a pit of fire, then He saved you from it, thus does Allah make clear to you His communications that you may follow the right way.) [3:103]

Our love for each other for the sake of Allah implies a willingness to sacrifice our needs for the sake of our fellow Muslims’ needs in a manner that far outweighs normal sacrifice for the sake of friendship. This pure love is crucial to maintaining Muslims’ faith, if Muslims don’t have strong relations with each other, their faith will automatically decrease.

Prophet Muhammad (pbuh) said:

“The relationship between believers is like a wall, parts of which support other parts.” [Muslim]

The concept of love for the sake of Allah doesn’t recognize nor permit “friendship" between men and women that is outside of marriage and familial bonds. However, Muslims wives and husbands shouldl love each other for the sake of Allah, their children will love them and love each other for the sake of Allah. This will sure result in strong family relations and a healthy Muslim community.

A Muslim should not forsake or abandon his brother, Prophet Muhammad (pbuh) said:

“There should be no breaking off of ties, no turning away from one another, no hating one another. Be brothers, as Allah has commanded you.” [Muslim]

Also Prophet Muhammad (pbuh) advised Muslims to show their love for one another, he said:

“If a man loves his brother in faith, he should tell him that he loves him.” [Abu Dawud]

There are so many sayings of our Prophet (pbuh) showing that having love for someone for the sake of Allah is an act of great merit, which grants one the opportunity of doing good in this world and being in exalted company in the Hereafter.

Hence, one should love good people for the sake of Allah and with the intent of becoming good oneself and earning Allah's pleasure.


I love you, insya ALLAH for the sake of Allah!

Sunday 4 April 2010

Selamat Menghadapi Final!

Untuk permulaan note ini, suka utk saya kongsikan satu mafhum ayat dr Al-Quran mengenai taraf orang yg berilmu.Allah SWT juga berfirman dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11;

"...Dan sesungguhnya Allah SWT mengangkat darjat mereka-mereka yang berilmu dengan beberapa darjat...." 

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelah ku sahaja

"Yes! Dapat keputusan cemerlang... 17A tu. berbaloi pun usaha aku selama ni."

Bagi seorang yang tidak jelas niat dan fikrahnya dalam menuntut ilmu, mungkin inilah yang akan terpacul keluar daripada mulutnya apabila mencapai nikmat kejayaan. Merasakan bahawa kejayaannya itu datang daripada penat lelahnya sendiri. Seperti bait-bait yang tersusun di awalnya.

Jarang sekali kita bersyukur...

Bagi seorang Muslim yang jelas niat dan matlamat dalam menuntut i lmu, apabila kejayaan dicapai, maka mereka akan meletakkan kembali kejayaan itu 'datang dari Allah SWT'. Dan rasa bangga, takbur, sombong dan riak itu akan cuba dilempar 'berbatu-batu' jauhnya daripada diri mereka.

Tak ku lupa kepada Allah
Tempat kembali segala masalah

Perlu diketahui bahawa segala apa yang kita kecapi ini merupakan milik Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun ayat 8; " ... Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)"

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah

Dan dalam realiti kita mengejar kejayaan dunia dan akhirat ini, kita bukan hanya setakat perlu berusaha. Tetapi kita juga perlu 'meminta'. Apa yang dimaksudkan dengan meminta di sini. Ya! Maksudnya adalah memohon doa kepada Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT sentiasa menerima doa kita dan sentiasa berada hampir dengan hamba-ham baNya yang meminta kepadaNya.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, bermaksud;

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk"

Dan setelah kita berusaha, berdoa, maka kemudiannya kita bertawakal kepada Allah SWT sambil terus-menerus memohon doa kepadaNya. Itulah kejayaan dan resepi seorang Muslim yang jelas matlamat kehidupannya di dunia ini.

Dan bagaimana jika kita ditimpa kegagalan setelah kita melakukan seperti mana di atas?

Maka ingin saya katakan di sini;

"La Takhaf Wa La Thazan, InnAllaha Ma'ana" 

Jangan kamu sedih dan berkecil hati, kerana Allah SWT bersama-sama kita. Sebagaimana yang selalu kita dengar, kegagalan itu tak bererti kita gagal selama-lamanya. Tetapi di sebalik kegagalan itu, kita harus mencari kekuatan untuk menjadi 'perangsang' kepada kebangkitan kita yang seterusnya.

Mungkin, Allah SWT menangguhkan kejayaan kita agar kita menjadi hamba yang mempertingkatkan kesyukuran dan keimana kepadaNya. Dan mungkin juga Allah SWT menangguhkan kejayaan kita untuk kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Apapun, dengan syarat mestilah bersyukur...

Saya pernah berhadapan dengan situasi kegagalan dalam peperiksaan. Menangis kesedihan, penuh dengan rasa kecewa. Tetapi, muhasabahlah yang menguatkan hati-hati kita. Kerana hati itu raja bagi sekelian diri.

Jika berjaya kamu bersyukur...

Jika gagal lakukan muhasabah dan lakukan langkah yang teripta dengan lebih tersusun...

Moga kejayaan dan kegagalan tidak mengalpakan kita daripadaNya yang hampir di sisi kita...

Penutup: Tuhan Tidak Lupakan Kita

Apabila jalan dirasa gelap, ketahuilah sinar cahaya masih jauh perlu dikejar...

Akhir kalam, sebelum saya menamatkan perkongsian saya kali ini, ingin saya katakan bahawa Allah SWT itu tak pernah melupakan hamba-hambaNya yang mengingati Dia.

Ya!

Allah SWT itu tidak jauh daripada setiap hambaNya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah SWT.

Sentiasalah bangun, berdoa dan memohon kepadaNya kerana Allah SWT itu suka kepada hamba-hamba yang meminta kepadaNya.

Dan yang paling penting, kejayaan kita itu hakikatnya biarlah menyumbang kepada Islam itu sendiri. Jadikanlah diri kita sebagai hamba-hamba yang bersyukur.

Oh Allah Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah juga hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan

"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali". 
Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darim

Saturday 20 March 2010

caWan Yang CAntiK


Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk.

Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara:- "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar .

Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening."Stop ! Stop !" Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. "Stop! Stop!" teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. "Panas! Panas!" Teriakku dengan kuat."Stop!Cukup!" Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata,"Belum" .

Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum.Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan."Stop ! Stop !" Aku berteriak. Wanita itu berkata,"Belum!". Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya." Tolong! Hentikan penyiksaan ini!", sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku.

Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.


Pengajaran:
Seperti inilah kehidupan membentuk kita.Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dugaan, ujian hidup dan linangan air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi "cantik". Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita kerana Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup.Jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai; anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).Ingatlah, dunia ibarat penjara bagi umat mukmin tapi syurga bagi golongan yg kufur.

Wednesday 3 March 2010

Sesekali Merasa Hidup

Wednesday 24 February 2010

Dakwah bukan jongkat-jongkit

“Lia, jomlah pergi usrah Lia, jomlah berdakwah Lia, ummah semakin koyak Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya.”

“Aku tidak mahu. Aku kena study! Markah semester lepas dah cukup teruk. Gara-gara dakwah, tarbiah dan program! Aku menyesal mengikuti semua itu. Bosan!! Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke islam tu syumul? Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah! Esok kalau dah berjaya, aku buatlah kerja dakwah tu. Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku, kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam..”

“Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit ...”

“Jongkang jongkit? Apa kau merepek ni? “

“Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongkit. Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah. Tu bukan dakwah namanya. Dan tu bukan belajar namanya!”

“Habis tu? Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus. Tak boleh inversely proportional.”

“Apa maksud kau?”

“Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya”

“Aku tak faham!”

“Tak pe, aku terangkan. Macam ni, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang mitokondria misalnya, boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria tu. Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri. Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta. Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah. Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah. Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja. Sebab apa? Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu”.

“Aku tak pernah rasa semua itu. Lain tuh! Selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?”

“Tak, itu bukan maksud aku! Cuma kena checklah sikit hati tu. Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah."

“Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?”

“Ok, aku berikan contoh. Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, terdetik tak kat hati, banyak lagi yang tidak habis belajar. Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi! Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati. Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah.
Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya

Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.

“Lia dah faham. Lia kena banyak muhasabah. Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah Lia yang tahu hukum berdakwah tapi tidak mengerjakan kerja tersebut”

“Lia, sahabatku, seorang ibu pernah mengatakan, aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam. Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku. Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah. Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya.

Lia, aku ingin berkongsi dua kisah, Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna dan kedua kisah sahabatku di Indonesia. Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama. Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan Al-Banna bukan? Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya. Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna; itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.

Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik. Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah ;

Ya Allah,
kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya? Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.
Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya!

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab;
‘Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.’

Lia, saya teringat emel yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini Aya. Aya memerlukan tongkat untuk berjalan. Aya tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan Aya, dia ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah. Keinginan Aya tercapai. Bila Aya belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila Aya berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila Aya menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila Aya mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman. Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu Aya berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan Aya dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Dengan kecacatanya, Aya masih mampu membuat manusia mengingati Allah.

Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum? Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah. Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya. Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.

Ayuh berada dalam saf perjuangan. Umat Islam harus meningkat. Hidup ini tiada erti tanpa perjuangan. Perjuangan yang sebenar pasti meninggalkan parut dan memerlukan pengorbanan. Kata Saidina Umar,

Tegakkan Islam dalam dirimu,
nescaya akan tertegak Islam di bumimu!

Monday 8 February 2010

Tangisan Rasulullah yang Menggoncangkan Arasy

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang. Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang. Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya
membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya
Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkank u, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"
"Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"
"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah
Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allahmengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi
orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya. "

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi
keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"

Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya, ' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan- Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya! '

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu
itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya."

Tuesday 2 February 2010

~saHaBaT~


salam...

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)


Pokok Perbincangan Hadis:
1) Nafi Iman - tidak sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)
2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.
3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :
kisah Abu Zar
Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al-
Quran sebagaimana beliau faham.
Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula
kepada orang lain - cintakan kebaikan utk org lain.
Pengajaran hadis:
Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan
sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang
seagama.
Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan
kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.
Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang
perbezaan darjat.
-sedikit perkongsian daripada hadis ke-13 dalam hadis 40
ana tertarik pada ayat ini'Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.'
sepatut nya ahli gen1 ini lebih daripada 10 org disini. tapi malangnya tak berjaya dikumpulkan. satu kerugian andai kata kita tidak usaha utk mendapatkan kembali ukhuwah yg pernah kita jalinkan dahulu semasa di awal sem 1 yg lalu. kemana hilangya sahabat2 yang lain? seharusnya wajar bagi meneruskan ukhuwah ini.oleh itu, marilah sahabat2 kita cuba kumpulkan kembali sahabat2 kita yang menyepi selepas berakhirnya program kkm. kita cuba tingkat ukhuwah antara semua. semoa dengan apa yang kita usahakan mendapat keredaan dan keberkatan di bawah rahmatNya.aminn...
"Cantiknya wallpaper nta..." puji Muzammil bila melihat ke laptop Karim.

"Uish... memang le.. kita kan kena jadikan Al-Quran sebagai panduan kita. Di laptop pun kena le ada ayat-ayat Quran, baru nampak muslim" jawab Karim bangga..

"Err... apa maksud ayat tu ye?" soal Muzammil semula sambil merujuk kepada ayat 1-4 surah Al-Adiyat yang tertera di desktop Karim.

"Ayat yang ni ye... Owh... ana pun tak tahu. Saje ambil gambar ni buat wallpaper.. Lawa tengok gambar kuda tue.." dalih Karim sambil tersengih  lalu menutup desktopnya. Mungkin segan kerana tidak tahu menjawab persoalan itu.

Hakikatnya... bukan Karim sahaja yang begitu, ana yakin ramai lagi di luar sana mengalami permasalahan yang sama, iaitu memahami konteks ayat!

Ayat al-Quran jelasnya adalah firman Allah. Jadi, sesuatu yang datang dari Allah sudah pasti benar dan pasti ada maksudnya.

Namun, di kalangan umat Islam, terutamanya yang bukan berbahasa Arab, walaupun Al-Quran sudah di khatam beberapa kali, namun masih belum memahami pengertian Quran....

Faktor utamanya bagi ana ialah, penguasaan bahasa dan pemahaman konteks ayat.

Jujurnya, ana sendiri bila baca berulang-ulang kali ayat dari surah Al-Adiyat dari  1 hingga 5 hanya dapat menangkap akan sifat-sifat kuda. Tiba-tiba di ayat keenam,Allah menceritakan pula tentang manusia yang kufur. Apa kaitannya dengan kuda? Cuba juga memerah otak memikirkan hikmah ayat tersebut. Walaupun ana buntu, sama sekali tidak menjadikannya alasan untuk putus asa dari terus menerus untuk berfikir.

Alhamdulillah, penjelasan dari ulama iaitu Ustaz Sidek Nor amat membantu. Benarlah bahawa Ulama' itu pewaris nabi. Pagi tersebut ana terasa begitu seronok mendengar kupasan tafsir mengenai ayat tersebut.

Rupa-rupanya, Allah ingin menceritakan kehebatan kuda. Seperti mana yang terjadi ketika Pasukan Tentera Turki Uthmaniyyah keluar berjihad. Kuda itu bila berlari di waktu malam , malam bertukar menjadi siang dek kerana percikan api yang keluar dari besi di kaki kuda. Sungguh gagah.

Dan bila kuda itu keluar pula pada sebelah siang, siang bertukar menjadi malam dek debu-debu yang berterbangan yang disebabkan hentakkan kaki kuda.

Dan yang paling menarik tentang kuda ialah, dia berani merempuh di tengah-tengah musuh seperti yang di gambarkan dalam ayat kelima surah Al-Adiyat. Taatnya kuda itu pada arahan tuannya walaupun sedar nyawanya akan tergadai.

Namun, di sebalik kepatuhan, kegagahan dan kekuatan kuda tersebut, dia hanya diberi makan RUMPUT KERING sahaja. Bahkan, tempat tidurnya hanya bangsal tidak bertutup yang dihurungi nyamuk dan lalat tanpa disemburkan ubat nyamuk. Tiada tilam empuk untuknya dan hanya tidur dalam keadaan berdiri.

Walaupun dilayan dengan "sebegitu teruk" oleh tuannya, namun dia tetap taat dan sentiasa bersedia untuk mengorbankan dirinya dalam peperangan.

Sebab itu, pada ayat ke enam, Allah terus katakan bahawa manusia itu kufur kepada Tuhannya.

Kenapa?

Kerana manusia itu dilayan dengan lebih baik berbanding kuda tapi tidak taat kepada arahan tuannya.

Manusia tidak diberi makan RUMPUT KERING!

Manusia tidur di bilik ber aircond dan diatas tilam yang empuk!

Tiba-tiba, bila sampai seruan jihad, manusia engkar?

Kata Ustaz Sidek, manusia patut malu pada kuda! Kita semua patut malu pada kuda... Kerana kuda sanggup korbankan dirinya walaupun tidak dilayan semulia manusia.

Bagi ana, yang malang disini adalah kita, umat Islam yang berbangsa melayu. Kerana, peringatan yang sebegini hebat langsung tidak diambil manfaat dengan baik, walaupun ianya hebat tersergam di hadapan laptop kita!

Bukan itu sahaja, cuba tanyakan kepada diri sendiri dan rakan-rakan di sekeliling, maksud surah al-fatihah... Berapa ramai yang mampu untuk membaca terjemahan dan tafsir surah tersebut... sedangkan kita mengulang bacanya sebanyak 17 kali sehari...

Ini adalah satu bukti mudah bahawa, umat Islam melayu suka mengambil mudah benda yang ada dihadapan mata mereka. Atau dalam "bahasa kasarnya", malas berfikir! Tidak suka mencabar pemikiran! Tidak mahu memahami KONTEKS AYAT!

Pengerusi Gen-1 KKM
Muhammad Hazim bin Mohd Nor
1SAW 

Saturday 30 January 2010

Cerpen Kau Penggerak Ummah

Laju jari-jemari Faiz menari di papan kekunci laptopnya. Assignment Ulum Al-Quran yang baru diberi oleh Ustaz Zamri tadi telah dimulakannya.

“Oi Faiz! Kau buat apa tu?” Kedengaran suara Hamdi, merangkap teman sebilik dan juga sekelasnya melaung dari muka pintu.

Faiz menoleh sekilas.

"Assignment” Jawabnya ringkas.

"Assignment Ustaz Zamri tu ke?” Hamdi melangkah masuk, meletakkan dirinya di sisi Faiz.

"Ha ah” Terbeliak mata Hamdi melihat Faiz telah siap menaip satu muka surat penuh.

"Fulamak! Skema la kau. Awal betul buat, kan kena hantar minggu depan. Enjoy la beb!” Bahu Faiz ditepuk kasar.

Faiz menghela nafas berat. Hamdi memang terkenal dengan sikap sambil lewanya.

"Aku banyak kerja lain lagi nak kena buat. Lagi pun, program-program dakwah dan tarbiyyah banyak minggu ni.Aku tak nak sebab program-program tu amanah aku sebagai mahasiswa terabai. Nanti jadi fitnah pada Islam” Faiz cuba menjawab setenang mungkin.

Hamdi tergelak. Tubuhnya dihempas ke atas katil.

"Apa la kau ni Faiz,asal aku cakap je kau mula lah nak berceramah. Kau ni asyik program sana program sini, macam tak ada life! Ha, tadi Ayu kirim salam kat kau. Kesian la budak tu, kau buat tak layan je. Kau jangan jual mahal sangat Faiz.”
Faiz tergamam. Ayu. Nama itu tidak asing lagi buat dirinya, semenjak dirinya di semester satu lagi Ayu telah cuba mendekati. Bukan Ayu sahaja malahan beberapa wanita lain lagi. Namun, Ayu yang paling ketara.

Faiz menghela nafas berat. Di manakah dia pewaris Ummahatul Mukminin?

"Woi! Kau berangan apa lagi tu? Ha lagi satu Ayu pesan, balas surat ni.”
Hamdi bangun dan meletakkan sekeping kertas di sebelah laptop Acer Aspire 4530 lantas berlalu ke bilik air.

Faiz diam merenung kertas putih itu. Hatinya masih berbelah bahagi.

"Perlu ke aku baca surat ni?"

Perlahan-lahan tangannya mencapai kertas putih itu dan dibuka lipatannya. Faiz menelan air liur. Tulisan tangan yang kemas di atas kertas itu dibaca.

Assalamualaikum.. Maaf andai surat ini mengganggu ketenangan Iz. Dah lama Ayu perhatikan Iz,makin lama hati Ayu makin terpaut pada Iz. Iz je yang jual mahal.
Harap Iz balas surat Ayu ni. Ayu tunggu…
Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.


"Astarghfirullah.” Spontan, istighfar itu meluncur laju daripada mulut Faiz. Dadanya senak. Lantas kertas itu digumpal-gumpal menjadi sebentuk bola dan dicampakkannya ke dalam tong sampah.

Faiz bungkam.

"Ya Allah, apa lagi yang perlu aku lakukan? Bukankah Hawa itu tercipta daripada tulang rusuk lelaki yang bengkok. Andai kekerasan yang digunakan, maka akan patahlah tulang itu."

Faiz baring di atas katilnya yang berwarna biru. Kedua-dua tangannya disilangkan di atas dahi.Panorama biliknya yang sederhana besar pada petang itu seolah-olah membungkamkan lagi hatinya.

"Jadi, aku harus membimbing dia?"

"Jangan! Nanti lain jadinya."

"Jadi apa tindakan terbaik? Carikan dia seorang pembimbing daripada kalangan muslimah!"

"Tapi siapa pula?"

"Arghh!” Spontan, Faiz menjerit kecil. Tersedar akan keterlanjurannya, Faiz beristighfar. Ditukar pula posisi daripada baring ke duduk.

Hatinya yang berkecamuk diulit dengan zikrullah. Dia bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’.

"Aku tidak perlu mengikut nafsu syaitan!"

***

"Faiz!” Laungan suara daripada belakang membuatkan pergerakan kaki Faiz yang baru keluar dari kelas terhenti. Faiz menoleh.

MasyaAllah, akhi! Lama tak nampak?” Faiz mengukir senyuman apabila melihat sekujur tubuh yang Uwais yang tegap. Senior yang dikenalinya semenjak sesi taa’ruf di kolejnya, seorang yang banyak benar membantunya daripada sudut rohani dan jasmani.

"Ha, tu lah enta, sibuk mengalahkan Perdana Menteri sampai tak sempat nak menjenguk ana di bilik. Kat masjid pun boleh tak perasan ana.”

Uwais menggeleng-geleng kepala.Tangan dihulur dan Faiz menyambut.

"Allah… ‘afwan, ana bukan sengaja tak perasan tapi enta tu kecik sangat.”
Uwais tergelak.

"Ha, dah alang-alang jumpa ni, marilah minum sama-sama. Enta ada kelas lagi ke lepas ni?”

"Alhamdulillah, tak ada dah. Bolehlah nak duduk berbual dengan enta. Lama betul tak berbual.”

"Jomlah”


***

"Enta apa khabar? Dah makin cengkung ana tengok. Ada masalah ke?” Uwais memulakan pertanyaan. Teh O ais yang berada di depan mata di hirup sedikit.

Faiz melepaskan satu keluhan berat.

"Ana nak cakap pun, malu..”

"Sejak bila pula enta pandai nak malu-malu dengan ana ni?”

"Macam ni..”

Faiz menarik nafas panjang. Uwais menanti tenang.

"Ana sering diganggu.”

"Dengan makhluk halus?” Uwais bertanya seraya menghirup Teh O ais di hadapan matanya.

"Bukan. Dengan muslimah!”

Hampir-hampir sahaja air Teh O ais tersembur daripada mulut Uwais. Uwais tersedak-sedak akibat air yang tidak ditelan secara sempurna.

"Ana dah agak, enta mesti gelakkan ana.” Faiz menunduk malu.

"Bukan, enta jangan salah faham, ana terkejut aje. Wah, bertuahlah enta ye.” Uwais tersengih.

Faiz mencebik.

"Kalau enta rasa apa yang ana rasa, baru enta tau bertuah tak bertuahnya ana ni.” Faiz membalas separuh hati.

Uwais tergelak.

"Enta dah berterus terang?”

Angguk.

"Banyak kali. Tapi seolah-olah tak bermakna langsung penerangan ana.”

"Sabarlah Faiz, Allah sedang berbicara dengan enta. Dia tahu enta mampu hadapi ujian ni, sebab tu Dia tak turunkan kat ana. Apa-apa pun, enta berserahlah kepada Allah. Hidup di dunia ni memang banyak dugaannya. Berdoalah agar enta terhindar daripada fitnah dunia.Teringat ana pada sabda Rasululullah s.a.w bahawa wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar syaitan akan menghiasinya.Jadi andai enta dah berusaha, maka bertawakallah. Kalau enta perlu pertolongan, cari sahaja ana.”

Faiz tersengih.

Ha, yang enta tersengih-sengih ni kenapa?”

"Muka enta waktu serius kelakar juga ya.”

"Faiz!”

***

Eh, tu macam Hamdi.

Berkerut-kerut kening Faiz untuk memastikan insan yang hanya jauh beberapa meter di hadapannya itu benar-benar sahabatnya.

Sah!

Faiz beristighfar di dalam hati. Kakinya mula dihayun menuju ke tempat di mana Hamdi sedang rancak berbual dengan seorang muslimah. Sakit benar hatinya melihat Hamdi bergelak-ketawa dengan yang bukan ajnabi, bukan kerana cemburu tetapi kerana rasa kasih yang teramat sangat pada Pencipta Sekalian Manusia. Rasa cinta pada Allah yang mengurniakan cinta.

Hanya beberapa meter sahaja lagi untuk sampai kepada Hamdi, Faiz mematikan langkah.Tiba_tiba dia teringat pesanan Ustaz Hamzah pada seminar ‘Mencari Seorang Da’ie’ minggu lepas.

Manusia mana yang suka didekati secara kasar? Begitu juga mad’u kita. Kadang-kadang kita fikir menegur mad’u di khalayak ramai merupakan sesuatu yang hebat. Setelah menghentam mad’u dengan segala perkataan yang terbuku di dalam hati, kita akan melangkah pergi dengan gah tanpa kita sedari ada air muka yang telah kita kotori, ada hati yang telah kita lukai. Itu salah. Pertama sekali dalam berdakwah antum haruslah mendekati mad’u dan selepas itu peganglah hatinya dengan berhikmah. Jangan buat mereka berdendam pada kita.

Faiz melihat sekeliling. Ramai. Kakinya dihayun kembali menuju ke asrama.

***

'Kreek'

Bunyi pintu bilik yang terbuka membuat Faiz berhenti daripada menyusun buku-bukunya pada rak buku. Berdebar hati Faiz melihat sekujur tubuh Hamdi masuk dengan muka kepenatan.

"Baru balik Di?” Faiz bertanya ramah.

"Ha ah. Discussion tadi.”

Hamdi mencampakkan begnya di atas katil dan duduk di kerusi yang berada berdekatan meja belajar Faiz. Matanya meliar.

"Kau buat apa ni Iz? Bersepah semua”.

"Aku nak kemas sikit buku-buku ni. Dah nak bersawang rak buku aku ni”

Senyum.

"Erm, Di aku nak cakap sikit boleh?”Faiz berbelah bahagi.

"Sejak bila kalau nak bercakap kena minta izin daripada aku?” Hamdi berseloroh.

Faiz bangun daripada posisinya yang sedang bersila di atas lantai dan mengambil kerusi lantas diletakkan di hadapan Hamdi lalu dilabuhkan punggungnya dengan selesa.

"Di..”

"Apa dia? Cakaplah.”

Faiz memandang mata Hamdi. Kelakuan mad’u ketika dia sedang bercakap harus diambil kira kerana segala kelakuannya merupakan satu komunikasi bukan verbal yang harus difahami oleh seorang da’ie.

Faiz menarik nafas panjang.

"Macam ni Di, aku nak tanyalah…” Faiz mencapai buku yang baru sahaja di bacanya. Satu bab di buka dan tertera tajuk batas-batas pergaulan dalam Islam.

"Ni ha, aku tak berapa faham ayat dia. Putar-belit. Antara lelaki dan perempuan apa batas-batas dia?” Jari telunjuk Faiz menunjuk ke arah tajuk yang tertera.

"Bak sini buku tu”

Faiz menghulur.

"La.. kacang je, apa yang kau tak faham. Lelaki kena tundukkan pandangan apabila berhadapan dengan wanita yang bukan muhrim, begitu juga dengan wanita. Kedua-duanya harus menundukkan pandangan untuk mengelak fitnah dan penyakit di dalam hati.” Lancar Hamdi menerangkan.

"Jadi kalau ada discussion?”

"Bincang yang penting-pentinglah, tapi janganlah berdua sahaja nanti syaitan pula jadi yang ketiga. Yang perempuan tak boleh melunak-lunakkan suara, lelaki kena pandailah kawal diri.”

"Kalau berbual berdua di khalayak ramai?”

Hamdi mendengus.

"Tak boleh juga. Lagi bahaya sebab nanti bakal menimbulkan fitnah. Ala, pasangan kekasih kalau di khalayak ramai pun tak malu nak buat maksiat! Kalau lelaki perempuan dalam satu kumpulan nak bergurau senda pun kena juga berpada, jangan sampai menyumbang kepada pergaulan bebas.”

"Di..”

Faiz memanggil perlahan.

"Apa lagi kau nak tanya?”

"Tadi, aku ternampak kau bergelak-ketawa berdua dengan seorang muslimah” Faiz menembak tepat pada sasaran.

Hamdi diam, baru tersedar jawapannya tadi itu bakal memakan dirinya sendiri. Dalam tidak sedar, mindanya memikirkan kebenaran kata-katanya sendiri!

***

Sudah tersebar fitnah itu. Fitnah yang mengatakan bahawa Faiz sering keluar dating bersama Ayu. Fitnah yang disertakan dengan gambar-gambar super impose Ayu dan Faiz benar-benar menggigit sanubari Faiz.

Faiz bungkam. Mindanya masih memikirkan tentang kejadian sebentar tadi.
Eh kenapa semua orang tengok aku ni?

Faiz bingung memikirkan mengapa setiap langkahan kakinya di sertai dengan mata-mata yang tajam melihat.

"Eleh, nampak je alim. Pura-puralah tu”

Telinga Faiz menangkap suara seseorang namun kepalanya tidak berani menoleh.

"MasyaAllah, Faiz” Bahunya ditepuk seseorang. Faiz menoleh, dan terasa ingin dipeluk sahaja batang tubuh Uwais di hadapannya.

"Uwais, tolong ana, ana tak tahu kenapa hari ni semua orang macam nak telan ana.”

"Ikut ana.”

Faiz mengekori langkah Uwais yang akhirnya tiba di sebuah kelas kosong. Uwais membuka beg laptopnya dan mencari rangkaian internet. Emailnya dibuka.

"Faiz.” Uwais memanggil.

"Ya.”

"Mari sini sekejap.”

Faiz melangkahkan kakinya merapati Uwais. Uwais menghalang Faiz daripada melihat ke arah laptopnya.

"Nanti. Ana harap enta bersabar banyak-banyak. Ini ujian Allah”

"Kenapa ni?” Faiz gelisah.

"Ni...” Uwais menunjukkan emailnya.

Faiz hampir-hampir rebah melihat semua gambarnya bersama Ayu. Jijik.

***

Hamdi mundar-mandir di dalam bilik. Sesekali matanya menjeling tubuh Faiz yang asyik berselubung di atas katil. Sudah dua minggu Faiz begitu, rutin hidupnya yang selalu sibuk dengan urusan dakwah dan tarbiyah kini bertukar 360 darjah!

Faiz hanya pergi ke kelas dan kemudian balik ke bilik. Wajahnya pula semakin cengkung dek kerana kurang makan.

Hamdi mendengus. Hidupnya mula terasa bosan tanpa ceramah percuma dan teguran daripada Faiz. Matanya menjeling lagi tubuh Faiz yang semakin tidak terurus.
Ni tak boleh jadi!

Pantas kakinya dihayun dan berdiri di sebelah katil Faiz.

"Faiz” Hamdi memanggil. Tegas.

Diam.

"Faiz!" Suaranya ditinggikan sedikit.

Diam.

Hamdi berang. Pantas tangannya memegang bahu Faiz dan mendudukkannya.

"Kau nak apa ni Di....” Faiz bersuara lesu.

"Kau tanya aku nak apa? Kau ni dah kenapa Faiz? Mana Faiz yang dulu?” Hamdi membetulkan posisinya agar duduk berhadapan dengan Faiz. Faiz harus disedarkan!

"Kau tak nampak ke, satu universiti dah tak suka kat aku. Nama aku dah busuk Di, aku malu.” Faiz mula mengalirkan air mata. Wajahnya yang mula cengkung ditambah pula dengan deraian air mata dan rambut yang agak kusut benar-benar menyentuh
sanubari Hamdi.

"Faiz, kau lupa ke maksud nama kau apa? Pemenang. Seorang pemenang tak boleh cepat mengalah macam ni. Seorang pemenang akan bertungkus-lumus mengalahkan lawan. Kau nak biar nama kau busuk sampai bila? Kalau kau sendiri tak bangkit, siapa lagi nak perbaiki keadaan? Bukankah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasibnya sendiri?”

"Tapi aku tak tahu nak buat apa..”

"Tu alasan,Faiz. Allah dah janji, setiap masalah ada jalan penyelasaiannya. Kau lagi arif daripada aku. Bangkitlah Faiz, kau tak boleh terus macam ni, kau penggerak ummah! Kalau kau lemah, apa jadi kat ummah?" Faiz, kalau kau tak kesian kat diri kau sendiri, kesianlah kat ummah yang dah semakin parah. Aku rindu pada Faiz yang tidak pernah tinggal untuk solat berjemaah di masjid hatta sakit sekali pun!”

Faiz tidak menjawab. Terhenggut-henggut badannya menahan tangis yang semakin menderas. Hamdi menepuk-nepuk bahu Faiz. Matanya turut digenangi air, memikirkan beban yang dipikul Faiz. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
"Tinggalkan aku sendiri, Di...”

Hamdi akur, kakinya mula melangkah keluar bilik. Air matanya tumpah jua, terbayang kembali bagaimana sikapnya terhadap wanita, terasa hina kerana biar pun dirinya yang terlibat dalam pergaulan bebas, Allah memilih Faiz untuk ditunjukkan kasih sayangNya. Hidayah Allah seolah-olah telah meresap dalam hatinya.

Faiz, semoga kau tabah dan sabar. Aku rindu Faiz yang dulu... Aku janji lepas ni aku akan teman kau menjadi penggerak ummah!

***

Hamdi membuka pintu bilik perlahan-lahan, bimbang akan mengganggu Faiz dan sebaik sahaja pintu bilik terbuka, kornea mata Hamdi menangkap imej Faiz yang sedang khusyuk berdoa sambil menangis. Hamdi membiarkan. Tubuhnya dicampak ke atas katil. Matanya dipejamkan.

"Di..”

Oh Allah, rindunya aku pada suara itu yang sentiasa menasihatiku.

"Di...”

Ya Allah, ubatilah rinduku ini.

"Di!”

Hamdi membuka matanya. Terpinga-pinga dia sebentar tatkala melihat batang tubuh Faiz berdiri tegak di sebelah katilnya. Matanya digosok-gosok seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Faiz tersenyum.

"Kenapa Di?” Faiz kehairanan melihat Hamdi yang tidak keruan.

"Er, takde, aku ingat aku berangan tadi dengar suara kau”

Faiz tergelak kecil dan melangkah ke lockernya. Sehelai jubah baru berwarna hijau lembut diambil dan disarung ke tubuhnya. Rambutnya disisir rapi.

"Kau nak ke mana ni?” Hamdi bertanya cemas.

"Aku nak jumpa Uwais.”

"Buat apa?”

"Di, aku pemenang!” Faiz menjawab ringkas dan berlalu meninggalkan Hamdi yang terpinga-pinga.

***

"Em, lamanya.” Faiz mengeluh, sesekali jam ditangannya dikerling. Raut kegelisahan jelas terpamer di wajahnya.

"Sabarlah Faiz, berzikir dahulu, selepas ni kita tidak tahu apa yang akan berlaku.” Uwais di sebelah menasihati.

Pertemuan antara Ayu dan Faiz di wakaf yang terletak di Taman Ilmu yang sengaja diatur oleh Uwais untuk menyelesaikan segala-galanya jelas mengundang kegelisahan buat diri Faiz. Uwais tenang. Jam casio di tangan dikerling sekilas.

"Hm, janji pukul 2 ni dah 2.30. Dia datang ke tak ni” Faiz mengeluh lagi.

"Faiz, duduklah, apa-apa pun ingatlah kita nak selesaikan masalah dengan cara berhikmah.”

Faiz akur dan mengambil tempat di sebelah Uwais. Hatinya mengalunkan zikir.

"Ha tu dia” Uwais menyenggol siku Faiz.

Faiz gelisah.

"Assalamualaikum” Ayu memulakan kalam, wajahnya kelihatan berseri.

"Waalaikumsalam” Serentak Uwais dan Faiz menjawab.

"Ada apa panggil Ayu ke sini?” Ayu bertanya tanpa menampakkan walau sedikit pun rasa bersalah.

"Beginilah ukhti, ana tak pandai nak berkias-kias, ana cuma nak penjelasan daripada enti tentang penyebaran gambar palsu ana dan enti” Faiz bersuara. Tegas.

Wajah Ayu berubah cemas.

"Mana Ayu tahu apa-apa”

"Ukhti, Allah lebih tahu apa yang enti lakukan. Takutlah pada Allah.”

Mata Ayu mula digenangi air mata. Faiz menundukkan pandangan, tidak tegar dia melihat air mata wanita yang mampu melumpuhkan iman lelaki.

"Ayu... Ayu terlalu sayangkan Faiz!” Akhirnya Ayu bersuara jujur.

"Ana hargai rasa sayang pemberian Allah tu, rasa sayang yang suci tidak harus enti kotori dengan fitnah mainan syaitan. Rasa sayang yang suci tidak harus membutakan mata enti daripada melihat kebenaran dan kebatilan dan rasa sayang yang suci tidak harus membuatkan enti tunduk pada tuntutan nafsu.Bukan begini caranya enti menyalurkan rasa sayang tu, yang mana tindakan enti telah membusukkan nama ana...”

Ayu menangis.

"Maafkan Ayu, Ayu tak sangka jadi begini...”

"Enti, beginilah. Ana tidak mahu panjang-panjangkan kes ni, Ana cuma nak enti bersihkan kembali nama ana. Ana berjuang di jalan Allah, susah untuk ana berhadapan dengan mad’u yang mencerca ana atas maksiat yang tidak pernah ana lakukan. Mad’u ana yang dahulu pun sudah semakin jauh daripada ana dan Islam. Ana harap enti fikir-fikirkanlah. Jika enti tak mahu, ana terpaksa bawa kes ni kepada pihak atasan. Perbualan kita telah pun sahabat ana rekod melalui handphonenya.”

Ayu memandang Uwais. Uwais mengangguk.

"Jadilah mawar berduri yang berkembang mekar mengharungi arus dunia yang semakin kejam. Katakanlah yang benar walau pahit.”
Faiz mematikan ayatnya dan melangkah pergi bersama Uwais.

***

"Faiz! Tahniah, Ayu dah buat pengakuan. Memo-memo dah ditampal menyatakan kemaafan pada kau”

Hamdi tersenyum girang menyatakan berita itu kepada Faiz yang sedang duduk berteleku di meja belajarnya. Bagaikan masih kelihatan memo yang dibacanya di papan-papan notis menyatakan maaf pada Faiz.

Faiz tersenyum.

"Alhamdulillah, lapang dada ana... Syukur ya Allah.”

Sebak dada Faiz memikirkan pertolongan daripada Allah yang tidak pernah berhenti.

"Di, syukran....” Faiz memeluk erat tubuh Hamdi, menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menyedarkannya.

Hamdi membalas pelukan itu.

"Uhibbuka fillah” Faiz bersuara sebak.

"Uhibbuka fillah aidhon” Faiz melepaskan pelukan, dilihatnya mata Hamdi dipenuhi air.

"Eh, Di kau menangis?”

"Mana ada, mata aku masuk habuk.” Hamdi mengesat matanya yang memerah.

"Eleh sudahlah. Ada hikmahnya Allah turunkan ujian ni, dapat aku tengok air mata kau.” Faiz masih mahu mengusik.

Sejenak, mindanya teringatkan Uwais. Lantas, handphonenya dicapai dan dia mula menaip.

Salam ya akhi, syukran atas segalanya. Hanya Allah yang dapat membalas jasamu.

"Faiz” Hamdi memanggil, perlahan.

"Ya”

"Aku.. Aku nak jadi penggerak ummah juga”

Faiz terpana.

"Boleh sahabatku...”

Sekali lagi, Faiz memeluk erat tubuh Hamdi, seerat janji yang dipatri, seutuh ikatan yang dibina. =)

iluvislam.com