"Cantiknya wallpaper nta..." puji  Muzammil bila melihat ke laptop Karim.
"Uish... memang le.. kita kan kena  jadikan Al-Quran sebagai panduan kita. Di laptop pun kena le ada  ayat-ayat Quran, baru nampak muslim" jawab Karim bangga..
"Err... apa maksud ayat tu ye?"  soal Muzammil semula sambil merujuk kepada ayat 1-4 surah Al-Adiyat yang  tertera di desktop Karim.
"Ayat yang ni ye... Owh... ana  pun tak tahu. Saje ambil gambar ni buat wallpaper.. Lawa tengok gambar  kuda tue.." dalih Karim sambil tersengih  lalu menutup desktopnya.  Mungkin segan kerana tidak tahu menjawab persoalan itu.
Hakikatnya... bukan Karim sahaja  yang begitu, ana yakin ramai lagi di luar sana mengalami permasalahan  yang sama, iaitu memahami konteks ayat!
Ayat al-Quran jelasnya adalah  firman Allah. Jadi, sesuatu yang datang dari Allah sudah pasti benar dan  pasti ada maksudnya.
Namun, di kalangan umat Islam,  terutamanya yang bukan berbahasa Arab, walaupun Al-Quran sudah di khatam  beberapa kali, namun masih belum memahami pengertian Quran....
Faktor utamanya bagi ana ialah, penguasaan bahasa dan pemahaman konteks ayat.
Faktor utamanya bagi ana ialah, penguasaan bahasa dan pemahaman konteks ayat.
Jujurnya, ana sendiri bila baca  berulang-ulang kali ayat dari surah Al-Adiyat dari  1 hingga 5 hanya  dapat menangkap akan sifat-sifat kuda. Tiba-tiba di ayat keenam,Allah  menceritakan pula tentang manusia yang kufur. Apa kaitannya dengan kuda?  Cuba juga memerah otak memikirkan hikmah ayat tersebut. Walaupun ana  buntu, sama sekali tidak menjadikannya alasan untuk putus asa dari terus  menerus untuk berfikir.
Alhamdulillah, penjelasan dari  ulama iaitu Ustaz Sidek Nor amat membantu. Benarlah bahawa Ulama' itu  pewaris nabi. Pagi tersebut ana terasa begitu seronok mendengar kupasan  tafsir mengenai ayat tersebut.
Rupa-rupanya, Allah ingin  menceritakan kehebatan kuda. Seperti mana yang terjadi ketika Pasukan  Tentera Turki Uthmaniyyah keluar berjihad. Kuda itu bila berlari di  waktu malam , malam bertukar menjadi siang dek kerana percikan api yang  keluar dari besi di kaki kuda. Sungguh gagah.
Dan bila kuda itu keluar pula  pada sebelah siang, siang bertukar menjadi malam dek debu-debu yang  berterbangan yang disebabkan hentakkan kaki kuda.
Dan yang paling menarik tentang  kuda ialah, dia berani merempuh di tengah-tengah musuh seperti yang di  gambarkan dalam ayat kelima surah Al-Adiyat. Taatnya kuda itu pada  arahan tuannya walaupun sedar nyawanya akan tergadai.
Namun, di sebalik kepatuhan,  kegagahan dan kekuatan kuda tersebut, dia hanya diberi makan RUMPUT  KERING sahaja. Bahkan, tempat tidurnya hanya bangsal tidak bertutup yang  dihurungi nyamuk dan lalat tanpa disemburkan ubat nyamuk. Tiada tilam  empuk untuknya dan hanya tidur dalam keadaan berdiri.
Walaupun dilayan dengan  "sebegitu teruk" oleh tuannya, namun dia tetap taat dan sentiasa  bersedia untuk mengorbankan dirinya dalam peperangan.
Sebab itu, pada ayat ke enam,  Allah terus katakan bahawa manusia itu kufur kepada Tuhannya.
Kenapa?
Kerana manusia itu dilayan  dengan lebih baik berbanding kuda tapi tidak taat kepada arahan tuannya.
Manusia tidak diberi makan  RUMPUT KERING!
Manusia tidur di bilik ber  aircond dan diatas tilam yang empuk!
Tiba-tiba, bila sampai seruan  jihad, manusia engkar?
Kata Ustaz Sidek, manusia patut  malu pada kuda! Kita semua patut malu pada kuda... Kerana kuda sanggup  korbankan dirinya walaupun tidak dilayan semulia manusia.
Bagi ana, yang malang disini  adalah kita, umat Islam yang berbangsa melayu. Kerana, peringatan yang  sebegini hebat langsung tidak diambil manfaat dengan baik, walaupun  ianya hebat tersergam di hadapan laptop kita!
Bukan itu sahaja, cuba tanyakan  kepada diri sendiri dan rakan-rakan di sekeliling, maksud surah  al-fatihah... Berapa ramai yang mampu untuk membaca terjemahan dan  tafsir surah tersebut... sedangkan kita mengulang bacanya sebanyak 17  kali sehari...
Ini adalah satu bukti mudah  bahawa, umat Islam melayu suka mengambil mudah benda yang ada dihadapan  mata mereka. Atau dalam "bahasa kasarnya", malas berfikir! Tidak suka  mencabar pemikiran! Tidak mahu memahami KONTEKS AYAT!
Pengerusi Gen-1 KKM
Muhammad Hazim bin Mohd Nor
1SAW
Pengerusi Gen-1 KKM
Muhammad Hazim bin Mohd Nor
1SAW
 
 

 
 



0 comments:
Post a Comment