Thursday 31 December 2009

Antara Sabar & Mengeluh


Pada zaman dahulu, ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, pada suatu hari, ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: "Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Monday 21 December 2009

Indahnya Hidup ini jika kerana Dia...


Teman
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh nan
aqidah muslim
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman

Wahai temanku an nisa'
Engkau sedia maklum
Engkaulah hiasan dunia
Lantaran fitrah itu
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki
Dan itu sememangnya bukan kesalahanmu



Wahai temanku ar rijal
Aku mengetahui kesepian hati seorang
lelaki
Yang seringkali mengimpikan teman di
sisi
Dan tentulah teman yang diimpikan
seorang serikandi

Wahai temanku an nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu
Engkau ingin disayangi..ingin dimanjai
Engkau juga ingin menyayangi juga
ingin memanjai
Dan aku juga tahu temanmu ar rijal
juga bagitu
Tetapi temanku an nisa' ketahuilah
engkau
Bercinta itu fitrah
Tetapi janganlah engkau cemarkannya
dengan fitnah
Kalau benar engkau mengasihinya
Kasihinyalah kerana Pencipta fitrah
Dan jika benar engkau mengasihinya
keranaNya
Engkau tidak akan bias melunakkan suara
engkau
Engkau tidakkan bisa melemparkan
panahan menggodamu
Kerana engkau tahu
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar
rijal

Dan engkau mengetahui
Dia mempunyai 9 akal dan 1 nafsu
Namun nafsu itu sentiasa beraja
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan
sang nafsu itu nafsu raja yang menggila
Kerana engkau tahu dia akan terjerumus
ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang
gila
Adakah benar engkau mengasihinya
keranaNya

Wahai temanku ar rijal
Andai engkau mencintainya
Cintailah ia keranaNya
Letakkanlah Dia melebihi cintamu kepada
dia
Andai engkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidak akan bisa mengajaknya
bermukah di taman sepi
Kerana engkau tahu dia punya 9 nafsu
dan 1 akal
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai
9 nafsu
Andai angkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan ringan
Kerana engkau tahu itu sudah
menghampiri zina
Dan engkau tahu bukan
Zina tempatnya di api yang menjunam
Apakah engkau benar mengasihinya andai
engkau relakan dia terjun ke neraka

Sahabatku an nisa'.. sahabatku ar rijal
Aku mengasihimu LILLAH
Lantaran itu dengarlah sedikit pesan
ikhlasku lillah
Manusia mana yang mampu hidup tanpa
cinta
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang
Hakiki
Dan engkau akan merasa cinta manusia
sedikit Cuma.
Andai DIA yang engkau dahului
Engkau tidakkan gelisah andai dia tidak
mengirim sebarang sms
Andai suaranya tidak didengar walau
teknologi di depan mata
engkau tidakkan rindu andai sehari
tidak bersua
engkau tidakkan kecewa andai dia
terlupa mengatakan I love u
kerana engkau percaya DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu
DIA akan satukan juga hatimu dengan
hatinya
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tidak ke mana
yakinlah
Apakah benar engkau meyakini takdirNya

Maafkan aku teman
Bicaraku penuh ketegasan
Aku tidak membencimu
Tetapi aku membenci mungkar itu
Dan kerana aku takut akan api yang
menjunam itu
Aku menegur mu mana mampu
Kerana aku takut andai aku tidak
menegurmu
Kita kan sama sama meredah lautan api
yang terlalu pedih
Yang terlalu seksa yg terlalu azab
Na 'uzubillahi min zalik

Sama-samalah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah DIA kerana DIA lah penjaga
iman kita
Yakinlah dengan DIA
Serahkan segalanya pada DIA
Kerana DIA tahu yang terbaik sedangkan
kita tidak
Allahua'lam
Akhirul kalam
Letakkan DIA dalam hatimu
Engkau akan merinduiNya andai harimu
tiada ingatan kepadaNya
Engkau akan gelisah andai DIA tidak
mendengar rintihanmu
Engkau akan rindu andai DIA tidak
memandangmu
Engkau akan tak keruan andai doamu
ditolak
Dan itulah cinta hakiki
Kerana kau yakin di sana adanya sebuah
pertemuan
Di taman syurga yang indah



.::album_simpanan::. from: are_min2805@yahoo.com

Explorasi Kami bermula disini…




..::: Assalamualaikum wrh :::..

Segala puja dan puji hanyalah layak kita kembalikan kepada Allah swt. Maha Pengasih. Maha Penyayang. Dia hanya Satu. Hanya Dia yang Kita Sembah. Selawat dan salam buat Rasulullah saw. Da'e dan Murabbi terulung. Para pejuang, mujahid dan syuhada yang terkorban dan masih berjuang..seterusnya untuk ummah ini..semoga Allah memberkati kita sebagai sebuah Ummah yang beriman..Insya-Allah.

Musim perk
uliahan telah kembali. Bagi ana sendiri, di sinilah medan ana. medan kita sebagai pelajar. Itulah medan untuk kita menimba ilmu2 duniawi dan ukhrawi, medan kita beramal dengan amal islami, medan kita memperbaiki akhlak dan syaksiah islam..medan membina ukhuwah dan di sana jua, medan kekuatan kita dalam melaksanakan tanggungjawab kita seadanya.. Tahniah dan Takziah diucapkan kepada saf perjuangan KKM-Gen1 kerana sanggup mengambil jawatan dengan sukarela dan akhirnya menjadi suatu amanah kepada kita..Ana dari Unit multimedia ingin meminta maaf kepada semua, kerana terlewat create blog disebabkan kesuntukkan masa dan penuh dengan aktiviti 2..Diharap sahabt2 dapat membantu,agar blog ini menjadi blog yang terbaik dan menjadi satu wadah perjuangan kita..segala persoalan boleh emailkan kepada anakhalifah@gmail.com


“Biar Islam ubah suasana jangan suasana mengubah kita”


“Sungguh pun islam itu tidak memerlukan sesiapa,tidak memerlukan ustaz,tuan guru,para wali malah mereka memerlukan islam”


.::Ibnu sya’rie::.





"Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan."


-Imam Hassan al-Banna.







Sunday 20 December 2009

dari sahabat untuk sahabat


1) penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut pada Allah, maka Allah akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati.


2) sahabat yang berimanibarat mentari yang menyinar, sahabat yang setia bagai pewangi yang menharumkan. sahabat sejati menjadi mulia membawa kita ke jalan Allah SWT


3) hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadang kala boleh menjahanamkan diri sendiri. perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.
-disediakan oleh Unit Perisian GEN 1, PMI UTM Skudai-